Dasar Privasi
Dasar privasi ini menggariskan dasar ProtectHealth tentang cara kami mengurus data peribadi yang kami simpan bagi penerima maanfat bagi Skim Peduli Kesihatan B40 (selepas ini dirujuk sebagai “PeKa B40”) dan orang lain. Dasar ini terpakai untuk semua operasi dan transaksi oleh ProtectHealth, termasuk pengunjung laman web kami.
MAKLUMAT YANG KAMI PROSES
Kami memproses data peribadi yang anda berikan secara sukarela menerusi laman web kami dan apabila anda mendaftar bagi maanfat saringan kesihatan di kemudahan penjagaan kesihatan berdaftar kami. Maklumat ini termasuk data peribadi seperti nama, alamat, tarikh lahir, jantina, umur, maklumat perhubungan, bangsa, agama, pekerjaan, butiran tentang waris terdekat anda, jenis penyakit yang ingin dirawat serta pemeriksaan, rawatan dan nasihat yang diberikan kepada anda. Setiap kali anda mengunjungi kemudahan penjagaan kesihatan berdaftar kami untuk mendapatkan perkhidmatan atau perundingan penjagaan kesihatan, data peribadi baru akan dimasukkan ke dalam rekod perubatan anda. Dalam hal ini, anda bersetuju dengan nyatanya untuk membenarkan kami memproses data peribadi sensitif anda.
Kami juga memproses data peribadi yang diberikan oleh dan diperoleh daripada individu yang sedang mencari pekerjaan dan sumber lain berhubung dengan permohonan kerja menerusi laman ini.
Jika anda memberi kami data atau maklumat peribadi tentang orang lain, anda mesti mengesahkan terlebih dahulu bahawa orang itu telah melantik anda untuk bertindak bagi pihaknya, bersetuju untuk membenarkan data peribadinya diproses dan bersetuju untuk membenarkan anda menerima apa-apa notis perlindungan data bagi pihaknya. Kami mungkin meminta bantuan anda untuk mendapatkan persetujuan orang tersebut yang data peribadinya anda berikan kepada kami dan anda bersetuju untuk berbuat demikian. Anda hendaklah membayar ganti rugi kepada kami jika kami mengalami apa-apa kehilangan atau kerugian akibat kegagalan anda mematuhinya.
TUJUAN KAMI MEMPROSES DATA PERIBADI ANDA
Tujuan data peribadi diproses adalah seperti yang berikut:
- untuk menyelesaikan transaksi dengan anda dan untuk mentadbir dan mengurus / mengesahkan manfaat anda di bawah skim PeKa B40;
- untuk terus berhubung dengan anda mengenai program kesihatan kami;
- untuk menyediakan dan / atau melaksanakan penjagaan kesihatan;
- untuk memantau dan menilai kualiti penjagaan dan penjagaan tersebut;
- untuk merancang penambahbaikan dan pelaksanaan penjagaan dan perkhidmatan;
- untuk menilai sama ada anda sesuai bekerja dengan kami;
- untuk melaksanakan kontrak perkhidmatan;
- untuk menjalankan penyelidikan perubatan dan/atau ujian klinikal;
- untuk menggalakkan dan menyokong penyelidikan dan pendidikan;
- untuk menghubungi anda dan menjawab semua pertanyaan anda;
- untuk memenuhi keperluan undang-undang dan kawal selia;
- Menjalankan kaji selidik dan/atau menyusun statistik;
- untuk menyiasat dakwaan serta aduan; dan
Apa-apa tujuan lain yang mungkin dikaitkan dengan tujuan yang disebutkan di atas.
Sila ambil perhatian bahawa ProtectHealth perlu memproses data peribadi anda. Tanpa data tersebut, kami tidak akan dapat memprosesnya bagi mana-mana tujuan di atas.
SUMBER PENGUMPULAN DATA ANDA
- Badan-badan berkanun dan pihak berkuasa kerajaan
- kemudahan penjagaan kesihatan berdaftar kami
- Laman web/e-mel
- Pendaftaran (salinan fizikal / salinan digital)
- Dokumen lain yang anda lampirkan
- Penyelidikan
- Apa-apa komunikasi lisan/bertulis yang lain antara pihak kami dengan anda
KEPADA SIAPA KAMI BOLEH MENDEDAHKAN MAKLUMAT ANDA (DI DALAM ATAU DI LUAR MALAYSIA
Data peribadi anda boleh didedahkan kepada pihak-pihak seperti tetapi tidak terhad pada, bank, juruaudit, jabatan dan /atau agensi kerajaan, badan kawal selia dan/atau berkanun, syarikat semakan kredit, syarikat-syarikat berkaitan, rakan kongsi perniagaan, penyedia perkhidmatan, mahkamah dan tribunal, waris terdekat, organisasi penyelidikan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, pengamal perubatan dan lain-lain kemudahan jagaan kesihatan serta mana-mana pihak ketiga seumpamanya yang anda minta atau beri kebenaran bagi mana-mana Tujuan di atas atau apa-apa tujuan lain yang untuknya data peribadi dan akan didedahkan pada masa pengumpulanya atau apa-apa tujuan lain yang berkait secara langsung dengan manamana Tujuan di atas.
Mana-mana orang/syarikat yang mempunyai kewajipan kerahsiaan terhadap ProtectHealth dan telah mengaku janji untuk terus merahsiakan data peribadi tersebut. Ini termasuk syarikat-syarikat berkaitan, rakan kongsi perniagaan dan penyedia perkhidmatan kami yang berkaitan serta mana-mana pihak ketiga tersebut yang diminta atau diberikan kebenaran oleh anda bagi mana-mana tujuan di atas.
Data peribadi anda mungkin dipindahkan ke tempat di luar Malaysia.
Mana-mana orang atau syarikat yang mengakses untuk atau bagi pihak ProtectHealth atau bersama dengan ProtectHealth berhubung dengan tujuan/ tujuan yang berkaitan secara langsung data itu diberikan.
CARA KAMI MELINDUNGI DATA PERIBADI ANDA
Semua usaha yang munasabah dan langkah yang praktikal dilakukan atau diambil bagi memastikan data peribadi yang kami pegang disimpan dan dilindungi daripada pencurian, akses yang tidak dibenarkan, pendedahan, penyalinan, penggunaan atau pengubahsuaian. Kami mengamalkan dasar yang tegas berkenaan pihak yang dibenarkan mengakses data peribadi anda. Semua kakitangan terikat dengan tatakelakuan yang ketat dan obligasi undang-undang berhubung dengan pengekalan kerahsiaan data peribadi anda.
TEMPOH PENYIMPANAN DATA PERIBADI ANDA
Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama tempoh yang diperlukan bagi memenuhi tujuan yang ditetapkan atau seperti yang diluluskan oleh undang-undang.
CARA KAMI MEMASTIKAN DATA PERIBADI ADALAH TEPAT DAN TERKINI
Kami akan mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan data peribadi yang kami pegang adalah tepat dan sentiasa dikemaskinikan. Kami sedar bahawa data peribadi sentiasa berubah dengan pertukaran alamat dan keadaan peribadi lain. Sila maklumkan kepada kami jika terdapat sebarang perubahan pada data peribadi anda.
Jika anda mendapati bahawa mana-mana data peribadi yang kami pegang adalah tidak tepat atau jika anda ingin mengemaskinikan butiran peribadi anda, sila maklumkan kami secara bertulis melalui maklumat perhubungan kami seperti yang tertera di bawah.
Sila ambil perhatian bahawa anda bertanggungjawab memastikan data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan serta data peribadi tersebut sentiasa dikemaskinikan.
CARA ANDA MENGAKSES DATA PERIBADI ANDA
Permintaan untuk mengakses data peribadi anda atau pertanyaan dan aduan boleh dibuat secara bertulis dan dialamatkan kepada:
ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.
F01 & F02, 1st Floor, Block 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000, Cyberjaya Selangor
No Telefon: +603 8687 2500
No Faksimili: +603 8687 2599
Emel: info@protecthealth.com.my
Jika terdapat data peribadi dalam rekod kami yang anda rasakan tidak betul, atau anda tidak bersetuju dengannya, anda berhak meminta supaya ia dibetulkan.
PAUTAN KE LAMAN WEB LAIN
Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web lain yang mungkin menarik minat anda. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan pautan ini untuk meninggalkan laman web kami, anda hendaklah mengambil perhatian bahawa kami tidak mempunyai apa-apa kawalan terhadap laman web lain. Oleh itu, kami tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap perlindungan dan apa-apa privasi maklumat yang anda berikan semasa melayari laman web tersebut yang tidak tertakluk di bawah pernyataan privasi ini. Anda hendaklah berhati-hati dan membaca pernyataan privasi yang terpakai untuk laman web berkenaan.
PERUBAHAN PADA DASAR PRIVASI KAMI
Dasar privasi ProtectHealth akan dikaji semula dari semasa ke semasa bagi mengambil kira undang-undang dan teknologi baru serta perubahan pada operasi dan amalan kami, dan memastikan ia sentiasa bersesuaian dengan persekitaran yang berubah-ubah.
Jika kami membuat apa-apa perubahan pada dasar privasi kami, kami akan memaklumkannya di laman web kami.
BAHASA
Jika terdapat apa-apa ketaktekalan berkenaan dasar privasi ini antara versi Bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Melayu, maka versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai