PeKa B40

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau PeKa B40 adalah inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD).

PeKa B40 ditawarkan kepada warganegara Malaysia dalam kumpulan B40.

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan mereka yang berumur 40 tahun ke atas secara automatik layak menerima PeKa B40. Tiada pendaftaran khas diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

Kelayakan PeKa B40

Manfaat PeKa B40

Saringan Kesihatan

Di Klinik Kesihatan atau klinik swasta

Info lanjut

Bantuan Alat Perubatan

Alat perubatan bernilai sehingga RM20,000

Info lanjut

Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser

Bernilai RM1,000

Info lanjut

Insentif Tambang Pengangkutan

Sehingga RM1,000

Info lanjut

Prosedur Mendapatkan Manfaat PeKa B40

Langkah 1 : Semak kelayakan.

Langkah 2 : Sekiranya layak, lawati Klinik PeKa B40 terdekat yand boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKa B40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan.

Langkah 3 : Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.

Langkah 4 : Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan samada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.

Maklumat untuk Pengamal Perubatan Swasta

  • Tiada penglibatan MCO/TPA
  • Tiada sebarang yuran pendaftaran dan retainer fee
  • Tiada fee-splitting antara makmal dan GP
  • Tidak perlu membayar apa-apa kepada makmal. Consumables akan disediakan oleh pihak makmal yang berdaftar.
  • Tidak perlu membeli sistem IT khas
  • Potensi mendapat klien baru
  • Membantu golongan yang berpendapatan rendah B40
  • Penglibatan adalah secara sukarela
  • Lawatan Pertama: Pengambilan sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal dan pengambilan ujian darah & air kencing;
  • Lawatan Kedua: Konsultasi untuk menyemak keputusan makmal dan melakukan rujukan sekiranya perlu.
  • Sejarah Pesakit
    • Sejarah Perubatan & Pembedahan
    • Sejarah Keluarga
    • Sejarah Sosial
    • Saringan Simptom & Faktor Risiko
    • Saringan Simptom untuk Kesihatan Mental
  • Pemeriksaan Fizikal
    • Berat, Tinggi, BMI (pengiraan automatik);
    • Vital signs
    • General Examination & Systemic Examination
    • Clinical Breast Examination (CBE)
    • Digital Rectal Examination (DRE) (jika ada indikasi(
  • Ujian Makmal
    • Full Blood Count
    • Renal Profile with estimated glomerular filtration rate (eGFR)
    • HbA1c
    • Random Lipid Profile
    • Urine Biochemistry
  • Klinik bebas memilih mana-mana makmal yang berdaftar.
  • Tiada sebarang transaksi bayaran antara klinik dengan makmal.
  • Makmal akan membekalkan barang guna habis (consumables) untuk pengumpulan spesimen.
  • Makmal akan mengambil spesimen daripada klinik.
  • Keputusan ujian akan di muatnaik ke pangkalan data oleh makmal.
  • Makmal yang berdaftar sehingga kini:
    • BP Lab
    • Clinipath
    • Gribbles
    • Pantai Premier
    • Pathlab
    • Innoquest Diagnostics
  • Lawatan Pertama : Bayaran terus ke Klinik – RM 40
  • Lawatan Kedua : Bayaran terus ke Klinik – RM 20
  • Berdasarkan jadual yang berkuatkuasa:
    • Jadual Ketujuh dalam Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta atau Klinik Pergigian Swasta) 2006 – Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998
  • Proses pembayaran akan dilakukan dua kali setiap bulan.
  1. Klinik mestilah mempunyai Borang B atau F
  2. Klinik mestilah berdaftar sebagai ‘Klinik Perubatan Swasta Umum’.
  3. Klinik yang berdaftar sebagai ‘Klinik Perubatan Swasta Pakar’ dan ‘Klinik Perubatan Swasta Umum dengan Perkhidmatan Estetik sebagai area of interest’ adalah dikecualikan dari menyertai projek perintis buat masa ini.
  4. Pengamal Perubatan (Pegawai Bertanggungjawab) mestilah berdaftar dengan Malaysia Medical Council (MMC).
  5. Pengamal Perubatan (Pegawai Bertanggungjawab) mestilah mempunyai sijil Annual Practicing Certificate (APC) yang sah.
  6. Fasiliti klinik hendaklah mempunyai talian telefon, akses internet, komputer dan kemudahan mesin pencetak (printer).

Pendaftaran klinik hendaklah di atas nama “Orang yang Bertanggungjawab” di dalam Perakuan Pendaftaran Klinik. Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik :

  • Perakuan pendaftaran untuk mengendalikan klinik perubatan swasta (Borang B atau Borang F)
  • Sijil pendaftaran penuh MPM bagi orang yang bertanggungjawab
  • Perakuan amalan tahunan semasa bagi orang yang bertanggungjawab (APC terkini)
  • Bukti akaun bank

Penafian :

  • Pendaftaran e-Perolehan adalah tidak diperlukan untuk GP berdaftar sebagai Klinik PeKa B40.
  • Pendaftaran e-Perolehan adalah tidak diperlukan untuk GP berdaftar sebagai Klinik PeKa B40.
  • Hanya pengamal perubatan bukar pakar sahaja dibenarkan menjalankan saringan kesihatan PeKa B40.
  1. Klik butang Daftar Klinik Sekarang seperti di bawah.
  2. Baca Terma & Syarat dan pilih ‘Agree’.
  3. Isi borang elektronik.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan ke dalam sistem.
  5. ProtectHealth akan menilai dan meluluskan permohonan
  6. Setelah diluluskan, klinik swasta akan menerima email pemberitahuan berserta pautan untuk formalisasi pendaftaran
  7. Selepas pendaftaran, muat turun e-LOA dari sistem dan tandatangan dokumen Declaration of Acceptance.
  8.  Muat naik dokumen yang telah ditandatangani ke dalam sistem.

  1. Pelekat ini akan diberikan oleh ProtectHealth setelah klinik diterima sebagai ProtectHealth Partner
  2. Sila paparkan pelekat ini di pintu depan klinik anda supaya para penerima PeKa B40 dapat mengenalpasti klinik anda sebagai Klinik PeKa B40.

Tarikh Taklimat & Latihan PeKa B40 (2024)

  1. 23 Mei 2024 (Ditangguhkan) : PeKa B40 Open Door Session – https://us02web.zoom.us/webinar/register/WN_9DofKdyISLWXj9xxonskXA