ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) ditubuhkan pada 19 Disember 2016 sebagai anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia (PHM) yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).​
Sebagai syarikat yang tidak berasaskan keuntungan, ProtectHealth menyelaras, mentadbir dan menguruskan inisiatif yang berkaitan dengan pembiayaan perkhidmatan penjagaan kesihatan sepertimana diamanahkan oleh KKM. ​
ProtectHealth adalah pengurus skim untuk Skim Perubatan MADANI, PeKa B40, Electronic Service Provider (ESP) untuk SPIKPA dan pelaksana penglibatan pengamal perubatan swasta dan NGO kesihatan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.