Skip to content

Soalan Lazim

PeKa B40

Maklumat Umum

  • Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
  • PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.
  • Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan mereka, yang berumur 40 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

PeKa B40 bertujuan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Inisiatif ini memberi penekanan kepada penyakit tidak berjangkit dan memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama sektor awam dan swasta, lebih-lebih lagi di peringkat penjagaan kesihatan primer.

  • Saringan Kesihatan
  • Bantuan Alat Perubatan
  • Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
  • Insentif Tambang Pengangkutan

Ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Kelayakan menyertai PeKa B40 adalah berdasarkan kriteria berikut:

  • Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangannya yang berdaftar.
  • Berumur 40 tahun dan ke atas.
  •  

Penerima BPR dan pasangannya yang berumur 40 tahun dan ke atas boleh menyemak kelayakan di sini dengan hanya memasukkan nombor MyKad dan kombinasi maklumat lain.

Tidak. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Semua manfaat PeKa B40 diberikan secara percuma.

  • PeKa B40 bermula sebagai projek perintis dan dilaksanakan secara berperingkat.
  • Lebih ramai kumpulan B40 menghidapi penyakit tidak berjangkit berbanding kumpulan lain (M40 & T20).
  • Peringkat umur 40 tahun ke atas juga mempunyai beban penyakit NCD yang lebih tinggi, dan belum dikesan atau tahap penyakit tidak dikawal dengan baik.
  • Ia akan diperluaskan kepada kumpulan yang lain bergantung kepada keberkesanan program ini dan peruntukan kewangan dari Kerajaan.

  • Pesakit mestilah penerima BPR atau pasangannya dan berumur 40 tahun dan ke atas;
  • Telah melakukan Saringan Kesihatan (Manfaat 1); dan
  • Permohonan mestilah dilakukan melalui hospital Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja.

Manfaat 1 : Saringan Kesihatan

  • Tiada pendaftaran lebih awal diperlukan.
  • Tiada bayaran dikenakan.

  • Tidak. Saringan hanya boleh dibuat hanya sekali sahaja untuk penerima yang layak selagi peruntukan mencukupi.
  • Setelah menjalankan lawatan pertama di klinik untuk saringan kesihatan, maklumat penerima telahpun direkod dan spesimen darah dan air kencing akan dihantar ke makmal swasta untuk menjalankan ujian yang ditetapkan.
  • Sekiranya penerima PeKa B40 pergi ke klinik yang lain untuk menjalankan saringan sekali lagi, proses tersebut tidak akan dapat diteruskan.

  • Mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40 dan mempunyai pelekat PeKa B40 di pintu klinik.
  • Senarai klinik PeKa B40 boleh dirujuk di sini.
  • Kebanyakan klinik kesihatan Kerajaan yang ada doktor bertugas.

  • Pemeriksaan kesihatan:
    • Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
    • Saringan kesihatan mental
    • Pemeriksaan fizikal
    • Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
  • Pemeriksaan makmal:
    • Ujian sel darah
    • Ujian kawalan gula dalam darah
    • Ujian paras kolesterol
    • Ujian fungsi buah pinggang
  • Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk Saringan Kesihatan yang dinyatakan di atas.

  • Untuk penerima yang telah menjalankan Saringan Kesihatan mereka mungkin telah pun mendapat tarikh untuk lawatan kedua. Jika belum, doktor/ klinik akan menghubungi penerima melalui panggilan telefon, sistem pesanan ringkas (SMS) atau mesej WhatsApp, untuk menetapkan temujanji bagi lawatan kedua.
  • Keputusan saringan kesihatan akan dimaklumkan oleh doktor pada lawatan kedua. Sekiranya rawatan atau pemeriksaan lanjut diperlukan, doktor swasta akan merujuk penerima ke Klinik Kesihatan atau Hospital KKM yang relevan dan terdekat. Surat rujukan PeKa B40 akan dikeluarkan oleh klinik swasta untuk dibawa ke fasiliti KKM.

Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan

  • Permohonan Bantuan Alat Perubatan adalah melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan di Hospital KKM sahaja.
  • Pegawai Perubatan atau pakar yang merawat penerima PeKa B40 akan membuat rujukan kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan untuk proses permohonan.
  • Pegawai Perubatan atau pakar yang merawat juga akan mengesahkan apakah peralatan perubatan yang memerlukan bantuan.

  • Terdapat 10 jenis kategori Bantuan Alat Perubatan yang ditawarkan berdasarkan pengesahan oleh pakar di Hospital KKM:
    1. Stent untuk jantung
    2. Alat sendi tiruan
    3. Alat bantuan pendengaran
    4. Perentak jantung
    5. Prostesis & implan untuk tulang belakang
    6. Prostesis dan ortosis tulang anggota
    7. Kanta mata intraokular (untuk pesakit katarak)
    8. Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
    9. Bantuan sokongan nutrisi
    10. Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
    11. Kerusi roda
  • Had maksima Bantuan Alat Perubatan yang dapat dibiayai oleh PeKa B40 adalah RM20,000. Ianya juga tertakluk kepada julat harga dalam setiap kategori peralatan.

Selama PeKa B40 dilaksanakan oleh Kerajaan, penerima boleh memohon pelbagai bantuan alat perubatan di dalam senarai yang dikenalpasti, selagi baki jumlah RM20,000 mesih ada. Contohnya, seorang penerima yang telah mendapat bantuan kanta mata intraokular masih boleh memohon bantuan untuk perentak jantung pada masa yang berlainan.

PeKa B40 hanya layak kepada Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangannya yang berdaftar, yang berumur 40 tahun ke atas sahaja. Setiap orang mempunyai had bantuan RM20,000. Ianya tidak boleh dipanjangkan kepada ahli keluarga yang lain.

Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser

  • Jumlah insentif adalah sebanyak RM1,000 untuk menggalakkan pesakit melengkapkan rawatan kuratif di Hospital KKM seperti mana saranan doktor yang merawat.
  • Manfaat 3 ini tidak merangkumi rawatan tradisional atau alternatif.
  • Ia akan diberikan dalam dua (2) peringkat:
    • Peringkat pertama - RM300, apabila permohonan diterima daripada Hospital KKM mengikut proses yang ditetapkan dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima seperti mana proses Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) juga.
    • Peringkat kedua - RM700, setelah penerima manfaat tamat pelan rawatan kanser seperti yang disahkan oleh doktor yang merawat juga akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun.

Sekiranya penerima PeKa B40 menghidap kanser dan masih dalam rawatan, doktor atau pakar perubatan yang merawat akan membuat permohonan bagi pihak penerima.

  • Insentif ini diwujudkan bagi menggalakkan pesakit kanser melengkapkan rawatan mereka. Syarat bagi mendapatkan insentif yang kedua adalah pesakit mesti akur pelan rawatan doktor dan melengkapkan rawatan sepenuhnya.
  • Insentif akan diberikan berdasarkan pengesahan doktor atau pakar perubatan yang merawat atas dasar kepakaran mereka untuk menentukan pencapaian peringkat lengkap rawatan.
  • Insentif ini juga hanya diberikan kepada penerima yang masih hidup sahaja dan tidak boleh dituntut oleh waris.

Ya. Penerima PeKa B40 yang sedang menjalani rawatan kanser layak untuk menfaat ini. Namun saringan kesihatan masih perlu dijalankan dan/ atau keputusan saringan dimasukkan ke dalam pangkalan data PeKa B40. Jika saringan kesihatan belum dijalankan, doktor atau pakar perubatan di hospital akan menasihati bagaimana untuk melakukan saringan kesihatan.

Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan

Insentif tambang pengangkutan akan diberikan bagi perjalanan pergi dan balik untuk rawatan kanser (Manfaat 3) dan rawatan untuk menggunakan/ memasukkan alat perubatan (Manfaat 2) di Hospital KKM mengikut tarikh temujanji yang ditetapkan./p>

  • Nilai insentif adalah bergantung kepada jarak rumah pesakit dengan hospital.
  • Ianya dibayar ke dalam akaun penerima untuk setiap kali perjalanan pergi dan balik hospital/ rumah, sehinggalah had maksimum sebanyak RM500 (Semenanjung) atau RM1000 (Sabah/ Sarawak/ Labuan) bagi setiap penyakit.

  • FBagi penerima Manfaat 2 iaitu Bantuan Alat Perubatan, permohonan boleh dibuat melalui Pegawai Kerja Sosial Perubatan.
  • Bagi penerima Manfaat 3 iaitu Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser, permohonan boleh dibuat melalui doktor yang merawat penyakit kanser tersebut di Hospital KKM.

Insentif ini diberikan untuk menggalakkan pesakit datang ke hospital untuk mendapat atau melengkapkan rawatan. Jika pesakit tidak datang untuk rawatan, maka pesakit tidak akan mendapat insentif tersebut.

Ya, insentif ini dikira dan dibayar sebagai bantuan perjalanan 2 hala iaitu dari rumah pergi ke hospital dan seterusnya pulang ke rumah mengikut kadar dan syarat yang ditetapkan untuk PeKa B40.

  • Setelah permohonan untuk Insentif Tambang Pengangkutan dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau Pegawai Perubatan yang merawat, sistem akan mengira jumlah bayaran berdasarkan jarak yang telah ditentukan.

Pengamal Perubatan Am Swasta

  • Pembayaran kepada pengamal perubatan swasta adalah berdasarkan Jadual ke-7 dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan dan Swasta 1998, pindaan 2006 yang sedang diguna pakai sekarang.
  • Pengamal perubatan yang terlibat tidak perlu membayar sebarang yuran pendaftaran.
  • Tiada fee splitting untuk perkhidmatan saringan kesihatan yang dijalankan di bawah PeKa B40.
  • Ujian makmal telah ditetapkan dan akan dibayar terus kepada makmal swasta tersebut. Tiada sebarang bayaran atau perkongsian bayaran berlaku di antara klinik dan makmal swasta.
  • Pengamal perubatan yang berminat boleh mendaftar untuk menyertai skim ini secara sukarela (bukan mandatori).

Para pengamal perubatan swasta boleh mendaftar secara atas talian di sini.

Vaksin Covid

Klinik Swasta / Klinik Pakar

Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari laman web ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, GP / Klinik Pakar boleh menghantar emel ke vaksincovid@protecthealth.com.my.

Berlangsung sepanjang pelaksanaan PICK.

Tiada yuran pendaftaran.

Ya untuk model vaksinasi di klinik

Untuk vaksin Pfizer, low dead-volume syringe dan kad vaksinasi akan diberikan oleh KKM.

Tidak. GP / Klinik Pakar perlu menyediakan PPE sendiri.

Ya. Butiran akan dimaklumkan kelak.

Tidak. Ia perlu disediakan oleh GP / Klinik Pakar.

Untuk model vaksinasi di klinik pembayaran RM19 per dos yang diberikan.

Pembayaran akan dilakukan oleh ProtectHealth.

Hospital Swasta / Pusat Jagaan Ambulatori

Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari laman web ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, Hospital Swasta / ACC boleh menghantar emel ke vaksincovid@protecthealth.com.my.

Pendaftaran Hospital Swasta / ACC berlaku sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Nasional.

Tiada bayaran penyertaan diperlukan.

Ya, latihan akan diberikan sebelum memulakan program ini.

Ya, Hospital Swasta / ACC akan diberi akses ke sistem IT yang digunakan dalam program ini yang merangkumi Sistem Pentadbiran Vaksin Malaysia (MyVAS), Sistem Pengurusan Vaksin (VMS) dan Sistem Kawalan Vaksin dari ProtectHealth (VCS).

Hospital Swasta / ACC akan menerima pembayaran sebanyak RM 19 setiap dos yang diberikan.

Pembayaran akan dibuat melalui ProtectHealth.

Healthcare Organisation (HCO)

Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari laman web ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, HCO boleh menghantar emel ke vaksincovid@protecthealth.com.my.

Berlangsung sepanjang pelaksanaan PICK.

Tiada yuran pendaftaran.

Ya bagi mengendalikan vaksinasi di PPV yang ditetapkan.

Untuk vaksin Pfizer, low dead-volume syringe dan kad vaksinasi akan diberikan oleh KKM.

Tidak. HCO perlu menyediakan PPE sendiri.

Ya. Butiran akan dimaklumkan kelak.

Tidak. Ia perlu disediakan oleh HCO.

Untuk model vaksinasi di PPV pembayaran RM19 per dos yang diberikan.

Pembayaran akan dilakukan oleh ProtectHealth.

Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari laman web ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, NGO boleh menghantar emel ke vaksincovid@protecthealth.com.my.

Berlangsung sepanjang pelaksanaan PICK.

Tiada yuran pendaftaran.

Ya bagi mengendalikan vaksinasi di fasiliti dan luar fasiliti yang ditetapkan.

Untuk vaksin Pfizer, low dead-volume syringe dan kad vaksinasi akan diberikan oleh KKM.

Tidak. NGO perlu menyediakan PPE sendiri.

Tidak. Ia perlu disediakan oleh NGO.

NGO akan menguruskan vaksinasi menerusi Malaysia Vaccine Administration System(MyVAS), Vaccine Management System (VMS) dan ProtectHealth Vaksin Control System (VCS).

Untuk model vaksinasi di fasiliti/luar fasiliti pembayaran RM19 per dos yang diberikan.

Pembayaran akan dilakukan oleh ProtectHealth.

Dear Valued Partners/Participants/Sponsors of #PHC2022

We are delighted to inform you that the 1st ProtectHealth Healthcare Conference 2022 will be held on 29th and 30th November 2022.

Full details of the conference will be shared in due course.

Please visit our website https://conference.protecthealth.com.my for the latest updates.

For further inquiries, kindly contact the Corporate Communications Department at corpcomm@protecthealth.com.my.

Thank you for your patience and endless support. See you in November!