Skip to content

Pengamal Perubatan Swasta & NGO Kesihatan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan merupakan program besar-besaran nasional oleh pihak Kerajaan Malaysia untuk memberi imunisasi kepada populasi di Malaysia terhadap virus COVID-19 yang telah menjangkiti lebih 300,000 populasi di negara ini dan meragut lebih 1,000 nyawa di seluruh negara.

Program ini dilaksanakan dengan tiga fasa untuk kumpulan sasaran yang berbeza.

FASA 1 (Februari - April 2021) akan melibatkan kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan.

FASA 2 (April - Ogos 2021) akan melibatkan baki petugas barisan depan, warga emas (berumur 60 tahun ke atas), kumpulan berisiko tinggi dengan penyakit kronik dan orang kurang upaya (OKU).

FASA 3 (Mei 2021 - Feb 2022) akan melibatkan baki penduduk yang berumur 18 tahun ke atas dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang berada di zon merah. Untuk mencapai imuniti kelompok, ianya penting untuk 23 juta rakyat di Fasa 2 dan 3 diberi vaksin.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melantik ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) sebagai pelaksana penglibatan Pengamal Perubatan Swasta dan NGO Kesihatan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). KKM akan memerlukan bantuan Pengamal Perubatan Swasta dan NGO Kesihatan untuk PICK bagi Fasa 2 dan 3 melalui ProtectHealth.

ProtectHealth adalah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia, yang ditubuhkan di bawah KKM. ProtectHealth merupakan syarikat tidak berasaskan keuntungan yang menyelaras, mentadbir dan menguruskan inisiatif yang berkaitan dengan pembiayaan perkhidmatan penjagaan kesihatan sepertimana diamanahkan oleh KKM.

Pelantikan ProtectHealth sebagai pelaksana penglibatan pengamal perubatan swasta dan NGO kesihatan dalam PICK adalah berdasarkan pengalaman dan keupayaan ProtectHealth dalam mendaftar, menyelaras, memantau dan menguruskan pembayaran kepada pengamal perubatan am swasta bagi Skim PeKa B40.

Ianya menjadi tugas besar untuk memastikan bahawa 23 juta rakyat di Fasa 2 dan Fasa 3 akan diberi vaksin dan kami memerlukan bantuan semua pengamal perubatan untuk melaksanakannya! Oleh itu, kami menjemput semua pengamal perubatan dari Klinik Am, Klinik Pakar, Hospital Swasta, Pusat Penjagaan Ambulatori, Healthcare Organiser dan NGO Kesihatan untuk berdaftar dengan kami sebagai ProtectHealth Partner dan terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Model

Vaksinasi di Klinik

Butiran

Mengendalikan vaksinasi di klinik

Skop Kerja

    • Pra-penilaian penerima vaksin
    • Kaunseling dan pengambilan persetujuan
    • Mengendalikan vaksinasi
    • Pemantauan selepas vaksinasi dan Adverse Event Following (AEFI)

Keperluan

  • Klinik berdaftar dengan Akta 586 (Akta Kemudahan & Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998)
  • Klinik mesti mematuhi Manual Vaksinasi ProtectHealth
  • Klinik mesti menjalani latihan khusus vaksin COVID-19 yang akan diberikan
  • Klinik dikehendaki mempunyai peranti IT yang sesuai dengan akses internet untuk pengesahan vaksinasi
  • Klinik dikehendaki menggunakan sistem yang ditentukan oleh KKM untuk program vaksinasi (MyVAS & sistem ProtectHealth)
  • Klinik mesti memakai PPE yang sesuai semasa vaksinasi
  • Klinik diperlukan untuk menjalankan perkara berikut:
    • Pra-penilaian penerima vaksin
    • Kaunseling dan pengambilan persetujuan
    • Mengendalikan vaksinasi
    • Pemantauan selepas vaksinasi dan Adverse Event Following Immunisation (AEFI)
  • Klinik dikehendaki mempunyai bilangan kakitangan perubatan dan bukan perubatan yang terlatih dengan secukupnya
  • Klinik mesti menyediakan peralatan kecemasan yang sesuai untuk menguruskan kes kecemasan yang berkaitan dengan vaksinasi COVID-19
  • Klinik dikehendaki mempunyai peralatan cold chain yang betul seperti cold box, electronic temperature data logger dan pharmaceutical fridge (2-8°C)
  • Klinik diminta untuk membuat pesanan (order) dan mengambil vaksin dari kemudahan KKM yang terdekat.

1

Layari laman web ProtectHealth untuk pendaftaran

2

Isi borang pendaftaran & muat naik dokumen yang diperlukan ke dalam sistem

3

ProtectHealth akan menyemak permohonan

4

Jika diluluskan, GP / Klinik Pakar akan menerima emel pemberitahuan bersama Surat Pelantikan (LOA)

5

GP / Klinik Pakar perlu bersetuju dan menandatangani LOA

6

Muat naik LOA yang telah ditandatangani ke dalam sistem

7

ProtectHealth akan mengesahkan LOA yand ditandatangani

8

GP / Klinik Pakar berjaya didaftarkan sebagai ProtectHealth Partner

Bayarannya adalah RM19 setiap dos yang diberikan.​

Pembayaran akan dibuat oleh ProtectHealth ke nombor akaun bank yang diberikan semasa pendaftaran.​

Sekiranya GP / Klinik Pakar anda berminat untuk turut serta, daftar sekarang:

Vaksinasi di Hospital / Pusat Penjagaan Ambulatori

Skop kerja hospital swasta / ACC

    • Pra-penilaian penerima vaksin
    • Kaunseling dan pengambilan persetujuan
    • Mengendalikan vaksinasi
    • Pemantauan selepas vaksinasi dan Adverse Event Following (AEFI)
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori berdaftar dengan Akta 586 (Akta Kemudahan & Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998)​​
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori mesti mematuhi Manual Vaksinasi ProtectHealth​​
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori mesti menjalani latihan khusus vaksin COVID-19 yang akan diberikan​
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori dikehendaki mempunyai peranti IT yang sesuai dengan akses internet untuk pengesahan vaksinasi​​
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori dikehendaki menggunakan sistem yang ditentukan oleh KKM untuk program vaksinasi (MyVAS, VMS & Sistem ProtectHealth)​
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori mesti memakai PPE yang sesuai semasa vaksinasi​​
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori diperlukan untuk menjalankan perkara berikut:
    • Pra-penilaian penerima vaksin
    • Kaunseling dan pengambilan persetujuan
    • Mengendalikan vaksinasi
    • Pemantauan selepas vaksinasi dan Adverse Event Following Immunisation (AEFI)
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori dikehendaki mempunyai bilangan kakitangan perubatan dan bukan perubatan yang terlatih dengan secukupnya
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori mesti menyediakan peralatan kecemasan yang sesuai untuk menguruskan kes kecemasan yang berkaitan dengan vaksinasi COVID-19​
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori dikehendaki mempunyai peralatan cold chain yang betul seperti cold box, electronic temperature data logger dan pharmaceutical fridge (2-8°C)
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori diminta untuk membuat pesanan (order) dan mengambil vaksin dari kemudahan KKM yang terdekat.​​​
  • Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori diharuskan memiliki ruang yang mencukupi bagi penerima vaksin untuk menunggu dan diperhatikan setelah menerima vaksin mengikut syarat penjarakan fizikal.​​​

1

Layari laman web ProtectHealth untuk pendaftaran

2

Isi borang pendaftaran & muat naik dokumen yang diperlukan ke dalam sistem

3

ProtectHealth akan menyemak permohonan

4

Jika diluluskan, hospital swasta / ACC akan menerima emel pemberitahuan bersama Surat Pelantikan (LOA)

5

Hospital swasta / ACC perlu bersetuju dan menandatangani LOA

6

Muat naik LOA yang telah ditandatangani ke dalam sistem

7

ProtectHealth akan mengesahkan LOA yand ditandatangani

8

Hospital swasta / ACC berjaya didaftarkan sebagai ProtectHealth Partner

Bayarannya adalah RM19 setiap dos yang diberikan.​

Pembayaran akan dibuat oleh ProtectHealth ke nombor akaun bank yang diberikan semasa pendaftaran.​

Sekiranya Hospital Swasta / Pusat Penjagaan Ambulatori anda berminat untuk turut serta, daftar sekarang:

Model

PPV Integrasi/ PPV Industri

Butiran

Mengendalikan vaksinasi di PPV yang ditetapkan.

Skop Kerja

    • Pra-penilaian penerima vaksin
    • Kaunseling dan pengambilan persetujuan
    • Mengendalikan vaksinasi
    • Pemantauan selepas vaksinasi dan Adverse Event Following (AEFI)
  • HCO berdaftar dengan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau bersamaan/setaraf.
  • HCO orang yang bertanggungjawab (PIC) mestilah doktor perubatan.
  • HCO mesti mematuhi Manual Vaksinasi ProtectHealth​​
  • HCO mesti menjalani latihan khusus vaksin COVID-19 yang akan diberikan​
  • HCO dikehendaki mempunyai peranti IT yang sesuai dengan akses internet untuk pengesahan vaksinasi​​
  • HCO dikehendaki menggunakan sistem yang ditentukan oleh KKM untuk program vaksinasi (MyVAS, VMS & Sistem ProtectHealth)​
  • HCO mesti memakai PPE yang sesuai semasa vaksinasi​​
  • HCO diperlukan untuk menjalankan perkara berikut:
    • Pra-penilaian penerima vaksin
    • Kaunseling dan pengambilan persetujuan
    • Mengendalikan vaksinasi
    • Pemantauan selepas vaksinasi dan Adverse Event Following Immunisation (AEFI)
  • HCO dikehendaki mempunyai bilangan kakitangan perubatan dan bukan perubatan yang terlatih dengan secukupnya
  • HCO mesti menyediakan peralatan kecemasan yang sesuai untuk menguruskan kes kecemasan yang berkaitan dengan vaksinasi COVID-19​
  • HCO dikehendaki mempunyai peralatan cold chain yang betul seperti cold box, electronic temperature data logger dan pharmaceutical fridge (2-8°C)
  • HCO diminta untuk membuat pesanan (order) dan mengambil vaksin dari kemudahan KKM yang terdekat.​​​
  • HCO diharuskan memiliki ruang yang mencukupi bagi penerima vaksin untuk menunggu dan diperhatikan setelah menerima vaksin mengikut syarat penjarakan fizikal.​​​
  •  

1

Layari laman web ProtectHealth untuk pendaftaran

2

Isi borang pendaftaran & muat naik dokumen yang diperlukan ke dalam sistem

3

ProtectHealth akan menyemak permohonan

4

Jika diluluskan, HCO akan menerima emel pemberitahuan bersama Surat Pelantikan (LOA)

5

HCO perlu bersetuju dan menandatangani LOA

6

Muat naik LOA yang telah ditandatangani ke dalam sistem

7

ProtectHealt akan mengesahkan LOA yand ditandatangani

8

HCO berjaya didaftarkan sebagai ProtectHealth Partner

Bayarannya adalah RM19 setiap dos yang diberikan.​

Pembayaran akan dibuat oleh ProtectHealth ke nombor akaun bank yang diberikan semasa pendaftaran.​

Sekiranya HCO anda berminat untuk turut serta, daftar sekarang:

Model

Vaksinasi di fasiliti/vaksinasi di luar fasiliti

Butiran

Mengendalikan vaksinasi di fasiliti/ vaksinasi di luar fasiliti.

Skop Kerja

    • Pra-penilaian penerima vaksin
    • Kaunseling dan pengambilan persetujuan
    • Mengendalikan vaksinasi
    • Pemantauan selepas vaksinasi dan Adverse Event Following (AEFI)
  • NGO berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966 atau bersamaan/setaraf.
  • NGO orang yang bertanggungjawab (PIC) mestilah doktor perubatan
  • NGO mesti mematuhi Manual Vaksinasi ProtectHealth​​​
  • NGO mesti menjalani latihan khusus vaksin COVID-19 yang akan diberikan
  • NGO dikehendaki mempunyai peranti IT yang sesuai dengan akses internet untuk pengesahan vaksinasi​​
  • NGO dikehendaki menggunakan sistem yang ditentukan oleh KKM untuk program vaksinasi (MyVAS, VMS & Sistem ProtectHealth)​​
  • NGO mesti memakai PPE yang sesuai semasa vaksinasi​​​​
  • NGO diperlukan untuk menjalankan perkara berikut:
    • Pra-penilaian penerima vaksin
    • Kaunseling dan pengambilan persetujuan
    • Mengendalikan vaksinasi
    • Pemantauan selepas vaksinasi dan Adverse Event Following Immunisation (AEFI)
  • NGO dikehendaki mempunyai bilangan kakitangan perubatan dan bukan perubatan yang terlatih dengan secukupnya
  • NGO mesti menyediakan peralatan kecemasan yang sesuai untuk menguruskan kes kecemasan yang berkaitan dengan vaksinasi COVID-19​
  • NGO dikehendaki mempunyai peralatan cold chain yang betul seperti cold box, electronic temperature data logger dan pharmaceutical fridge (2-8°C)​
  • NGO diminta untuk membuat pesanan (order) dan mengambil vaksin dari kemudahan KKM yang terdekat.​​
  • NGO diharuskan memiliki ruang yang mencukupi bagi penerima vaksin untuk menunggu dan diperhatikan setelah menerima vaksin mengikut syarat penjarakan fizikal.​​​

1

Layari laman web ProtectHealth untuk pendaftaran

2

Isi borang pendaftaran & muat naik dokumen yang diperlukan ke dalam sistem

3

ProtectHealth akan menyemak permohonan

4

Jika diluluskan, NGO akan menerima emel pemberitahuan bersama Surat Pelantikan (LOA)

5

NGO perlu bersetuju dan menandatangani LOA

6

Muat naik LOA yang telah ditandatangani ke dalam sistem

7

ProtectHealth akan mengesahkan LOA yand ditandatangani

8

NGO berjaya didaftarkan sebagai ProtectHealth Partner

Bayarannya adalah RM19 setiap dos yang diberikan.​

Pembayaran akan dibuat oleh ProtectHealth ke nombor akaun bank yang diberikan semasa pendaftaran.​

Sekiranya anda NGO Kesihatan dan berminat untuk turut serta, daftar sekarang:

Dear Valued Partners/Participants/Sponsors of #PHC2022

We are delighted to inform you that the 1st ProtectHealth Healthcare Conference 2022 will be held on 29th and 30th November 2022.

Full details of the conference will be shared in due course.

Please visit our website https://conference.protecthealth.com.my for the latest updates.

For further inquiries, kindly contact the Corporate Communications Department at corpcomm@protecthealth.com.my.

Thank you for your patience and endless support. See you in November!