17 OGOS 2023 – Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di empat daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda (Kedah), Kuala Terengganu dan Kuala Nerus (Terengganu) boleh mendapatkan rawatan di bawah Skim Perubatan MADANI (SPM) bermula hari ini.
Program perintis SPM menyediakan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma kepada penerima STR untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta yang berdaftar. SPM ditawarkan secara automatik kepada penerima STR dengan membantu menampung kos rawatan kes-kes akut di klinik swasta yang berdekatan dengan tempat kediaman atau tempat kerja.
Sehingga kini, jumlah klinik swasta yang berdaftar untuk skim ini melebihi 750 buah klinik dan dijangkakan jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa. Sebagai permulaan, sebanyak 39 klinik telah diaktifkan di empat daerah ini dan bersedia untuk memberi rawatan. KKM mengalu-alukan lebih banyak klinik swasta di daerah-daerah ini untuk mendaftar sebagai klinik panel. Senarai klinik swasta di empat daerah tersebut adalah seperti dalam Lampiran 1.
Perluasan SPM diharap dapat membantu lebih ramai penerima manfaat menikmati program ini yang merupakan inisiatif Ekonomi Madani Kerajaan Perpaduan memperkasa rakyat dengan memastikan akses sejagat kepada sistem sokongan kesihatan. Melalui penglibatan kemudahan swasta, isu kesesakan pesakit luar di kemudahan kesihatan kerajaan dapat diatasi dengan membantu hampir 700,000 isi rumah yang kurang berkemampuan mendapat rawatan di klinik swasta.
Persediaan untuk pelaksanaan sedang dijalankan di daerah-daerah seperti Kota Bharu, Pasir Mas (Kelantan), Kuantan (Pahang), Melaka Tengah (Melaka), Seremban (Negeri Sembilan), Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) dan Perlis yang akan bermula pada 25 Ogos 2023.
Perkhidmatan percuma yang ditawarkan adalah seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan akan diberikan di klinik swasta kepada penerima manfaat mengikut pakej yang ditentukan. Penerima manfaat boleh mendapat beberapa kali rawatan percuma sehingga peruntukan bagi setiap isi rumah habis digunakan. Peruntukan bagi setiap isi rumah berkeluarga adalah sehingga RM250, RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang.
Penerima yang layak menerima manfaat skim ini hanya perlu membawa kad pengenalan mereka ketika mendapatkan rawatan. Layari www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani untuk menyemak kelayakan dan senarai klinik panel atau hubungi 03-8687 2525. Kelayakan juga boleh disemak melalui aplikasi MySejahtera.
LAMPIRAN 1
Senarai Klinik Panel Skim Perubatan MADANI
BIL. | NAMA KLINIK | ALAMAT | NO TEL. |
1. | POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKAN | NO. 93, JALAN SUNGAI EMAS, KOTA KUALA MUDA, 08500, KOTA KUALA MUDA, KEDAH | 04-4374969 |
2. | POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKAN | NO. 56, TINGKAT BAWAH, JALAN MASJID, TAMAN PEKAN BARU, 08000, SG. PETANI | 04-4259969 |
3. | POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKAN | NO. 2, JALAN CINDAI JAYA 1, TAMAN CINDAI JAYA, 08000, SG. PETANI | 04-4225969 |
4. | POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKAN | 20, JALAN PERMAI 1, TAMAN DESA PERMAI, 08100, BEDONG | 04-4592969 |
5. | KLINIK OOI LEAN ENG | 1017, LORONG MERPATI, 05200, ALOR SETAR | 04-7332441 |
6. | POLIKLINIK DR. AZHAR DAN RAKAN-RAKAN | NO. 11, JALAN NILAM SARI, TAMAN NILAM SARI, 08000, SG PETANI | 04-4221969 |
7. | POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKAN | NO. 49, JALAN CEMARA 1, TAMAN CEMARA, 08000, SG PETANI | 04-4237696 |
8. | POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKAN | GRS 1, PLAZA KUALA KEDAH, LOT 894, PEKAN KUALA KEDAH, 06600, KUALA KEDAH | 04-7625695 |
9. | POLIKLINIK MESRA | NO 11, RUMAH KEDAI, TAMAN RIA MESRA 2, JALAN JENIANG, 08300,GURUN | 04-4615270 |
10 | KLINIK UNION GURUN | 2, TINGKAT BAWAH, SUSURAN GURUN JAYA 3, TAMAN GURUN JAYA, 08300, GURUN | – |
11. | POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKAN | 38, PEKAN MERBOK, 08400, MERBOK | 04-4575969 |
12. | POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKAN | NO. 99 & 100, LORONG 4, TAMAN RIA, 08000, SG PETANI | 04-4219969 |
13. | POLIKLINIK DR. AZHAR DAN RAKAN-RAKAN | 100, TINGKAT BAWAH, JALAN BPJ 1/1, SEKSYEN 1, BANDAR PUTERI JAYA, 08000,SG PETANI | 04-4210936 |
14. | KLINIK MESRA | NO. 4 (GROUND FLOOR), PUSAT PERDAGANGAN TUNKU HAMINAH, MERGONG, 05150, ALOR SETAR | 04-7306148 |
15. | POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKAN | 11, TAMAN SURIA, JALAN BESAR GURUN, 08300, GURUN | 04-4687969 |
16. | POLIKLINIK DR. AZHAR DAN RAKAN-RAKAN | NO.14A, TINGKAT BAWAH, JALAN PENAGA 1, TAMAN PENAGA, 08000, SG PETANI | 04-4311208 |
17. | POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKAN | NO. 249, TINGKAT BAWAH, JALAN PUTRA, TAMAN MERGONG JAYA, 06250, ALOR SETAR | 04-7329969 |
18. | POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKAN | NO. 99, BANDAR DARULAMAN JAYA, 06000, JITRA | 04-9170969 |
19. | POLIKLINIK DR. AZHAR DAN RAKAN-RAKAN | 15, TINGKAT BAWAH, JALAN PKS (A), PUSAT KOMERSIAL SAUJANA, 08000, SG PETANI | 04-4411474 |
20. | POLIKLINIK DR AZHAR DAN RAKAN-RAKAN | NO. 105, JALAN KELISA RIA 1-C, TAMAN KELISA RIA, 08000, SG PETANI | 04-4410709 |
21. | POLIKLINIK TITI GAJAH | NO. 7, TINGKAT BAWAH, TAMAN MAS INDAH, JALAN ANAK BUKIT, TITI GAJAH, 06550, ALOR SETAR | 04-7140111 |
22. | POLIKLINIK DR. AZHAR DAN RAKAN-RAKAN | 3177-E, KM 4, JALAN DATUK KUMBAR, 05300, ALOR SETAR | 04-7320803 |
23. | POLIKLINIK & SURGERI RIA JAYA | 175, TINGKAT BAWAH JALAN KELAB CINTA SAYANG, TAMAN RIA JAYA, 08000, SG PETANI | 04-4461877 |
24. | POLIKLINIK MUTIARA | NO. 1, TAMAN DESA AMAN, LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH, 05350, ALOR SETAR | 04-7321503 |
25. | POLIKLINIK AN-NISA’ | NO. 198, JALAN BPJ 1/2, BANDAR PUTERI JAYA, 08000, SG PETANI | 04-4242236 |
26. | KLINIK SAYANG | NO. 5, TINGKAT BAWAH, FASA 10, TAMAN DESA SERAYA, LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH, 05400, ALOR SETAR | 04-7770595 |
27. | KLINIK DR CHENG | NO 47, TINGKAT BAWAH, TAMAN JOHAN FASA 2, JALAN KUALA KEDAH, 06600, KUALA KEDAH | 04-7722891 |
28. | POLIKLINIK DR. AZHAR DAN RAKAN-RAKAN | 38A, TINGKAT BAWAH, JALAN BISTARI JAYA 7, TAMAN BISTARI UTAMA, 08100, BEDONG | 04-7270232 |
29. | POLIKLINIK DR. AZHAR DAN RAKAN-RAKAN | NO. 15 TINGKAT BAWAH, PUSAT PERNIAGAAN SERI GUNUNG (SGBC), JALAN GUNUNG, 05150, ALOR SETAR | 04-4219969 |
30. | KLINIK REMEDIC SP SAUJANA | NO. 128 (TINGKAT BAWAH), JALAN PKS (B), PUSAT KOMERSIAL SAUJANA, 08000, SG PETANI | 04-4419818 |
31. | KLINIK JOE | 36, JALAN IBRAHIM, 08000, SG PETANI | 04-4214061 ` |
32. | KLINIK AMANSURI | NO. 56, TINGKAT BAWAH TAMAN GUNUNG INDAH, JALAN KUALA KEDAH 05400 ALOR SETAR, KEDAH | – |
33. | KLINIK SYAFI | PT 3635, TINGKAT BAWAH RUMAH KEDAI, JLN ALAM MUTIARA 1/1, TOK MOLOR, 21100, KUALA TERENGGANU | 09-6229557 |
34. | KLINIK KUMPULAN MUSLIMAH | LOT PT 2381, TAMAN ADIS INDAH, KUALA IBAI, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU | 09-6305067 |
35. | KLINIK MUJAHID | NO LOT 8600 A & B KAMPUNG PAYA DATU, MANIR, 21200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU | 09-6153323 |
36. | U.N.I KLINIK | NO. 34, GROUND FLOOR, PUSAT KOMERSIAL CABANG TIGA 21000 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU | 09-6229509 |
37. | KLINIK PERUBATAN KU | PT 2582 & PT 2583 (TINGKAT BAWAH), TAMAN ADIS INDAH, KUALA IBAI, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU | 09-2650735 |
38. | KLINIK PERUBATAN KU KUALA NERUS | PT 37792, TINGKAT BAWAH, RIMBA SQUARE, JALAN GONG PAK DAMAT 21300 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU | 09-6674005 |
39. | KLINIK HUDA | LOT PT 28519, TINGKAT BAWAH, JALAN KELANTAN, TAMAN DESA SOLEHAH, PADANG AIR 21060 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU | 09-6667070 |