21 JANUARI 2022 – Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PPV Offsite di Selangor, W.P Kuala Lumpur & W.P Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak akan melaksanakan perkhidmatan vaksinasi secara walk-in kepada warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) bermula 24 Januari 2022, Isnin. Bagi melancarkan proses vaksinasi, sijil vaksinasi digital yang telah lengkap di MySejahtera adalah diperlukan sebagai pra-syarat untuk hadir secara walk in. Walk-in untuk warga emas bermula jam 2.00 petang pada setiap hari operasi pemberian vaksin.

 

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Offsite adalah PPV yang dioperasikan oleh PPS atau NGO Kesihatan diluar fasiliti kesihatan swasta mereka. Senarai PPV Offsite yang dioperasikan oleh pengamal perubatan swasta di negeri yang dinyatakan adalah seperti di Lampiran 1. Mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas (selain warga emas) yang belum mendapat janji temu MySejahtera dan ingin mendapatkan dos penggalak, boleh menghubungi dan berdaftar dengan PPV yang disenaraikan di laman web ProtectHealth: www.protecthealth.com.my.

 

Sehingga 19 Januari 2022, 10 juta dos penggalak telah diberikan dan 73.8% atau 7.3 juta dos sumbang oleh pengamal perubatan swasta (PPS) dan NGO kesihatan di bawah ProtectHealth. Sebanyak lebih 2000 PPV Onsite, 177 PPV Offsite dan 221 PPV Jangkau Luar (Outreach) kendalian PPS dan NGO kesihatan di bawah ProtectHealth dengan kapasiti pemberian vaksin lebih dari 300 ribu dos sehari.

 

Lindung Diri, Lindung Semua.

LAMPIRAN 1

PROTECTHEALTH CORPORATION SDN. BHD.