Skip to content

AKAN DATANG

Skim Perubatan MADANI

Mengalu-alukan penglibatan GP dalam Skim Perubatan MADANI

Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI.

Lebih kurang 700,000 isi rumah boleh mendapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut yang diperlukan di GP secara percuma dan ianya dapat mengurangkan beban kos rawatan kesihatan disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Fasa rintis Skim Perubatan MADANI ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat & Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).

Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama diantara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut.

Lokasi Skim Perubatan MADANI

Kelayakan Skim Perubatan MADANI

Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut merangkumi:

Rawatan yang tidak termasuk adalah 1) Imunisasi Rutin; 2) Saringan Kesihatan; 3) Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin; 4) Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin; 5) Perancangan Keluarga Rutin; 6) Perkhidmatan Rehabilitasi; 7) Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor; dan 8) Permintaan Suplemen

Manfaat Rawatan Skim Perubatan MADANI

(Sehingga 31 Disember 2023)

Isi Rumah Berkeluarga
RM 250

* Senarai isi rumah yang berdaftar dengan LHDN

Warga Emas
(tanpa pasangan)
RM 125

* Berumur 60 tahun ke atas

Bujang
RM 75

* Bujang berumur antara 21 - 59 tahun
* Bujang OKU berumur antara 19- 59 tahun

Pengamal Perubatan Swasta Umum

  1. Daftar masuk: Lawat laman sesawang di https://primis-provider.protecthealth.com.my/register untuk pendaftaran & muat naik dokumen yang diperlukan di dalam Portal PRIMIS. 
  2. Surat Lantikan: Apabila permohonan telah diluluskan, Klinik akan menerima emel notifikasi untuk muat turun Surat Lantikan (LOA) daripada PRIMIS.  
    Nota: Klinik boleh mengakses papan muka (dashboard) PRIMIS Provider Portal- <Provider Resources> untuk List of Services and Fee Schedule 
  3. Muat naik LOA yang telah ditandatangan: Klinik perlu memuat naik LOA yang telah ditandatangan ke dalam PRIMIS untuk tujuan semakan oleh pihak ProtectHealth. 
  4. Pendaftaran Berjaya: Setelah semakan, Klinik akan diberitahu tentang pendaftaran yang Berjaya sebagai Klinik Panel Skim Perubatan MADANI.  
  5. Penilaian Kemasukan: Klinik perlu melengkapkan dan lulus Penilaian Kemasukan secara maya di dalam PRIMIS. 
    Nota: 10 soalan. Boleh dilakukan sehingga mencapai markah lulus iaitu 80%. 
  6. Status menjadi “Aktif”: Klinik kini boleh mengakses Portal Klinikal PRIMIS. Klinik bersedia untuk melakukan khidmat rawatan sejurus program bermula. 

Jika rakan GP sedia ada mempunyai kedua-dua akaun BMS dan VCS, mana-mana akaun ini boleh digunakan untuk tujuan pendaftaran Skim ini. Namun, kami memberi keutamaan kepada penggunaan akaun VCS untuk berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI. 

Tidak. Untuk Fasa Rintis, hanya Klinik Perubatan Swasta yang berada di 10 daerah dibawah boleh menyertai Skim Perubatan MADANI:

  1. Johor Bharu (Johor)
  2. Timur Laut (Pulau Pinang)
  3. Kinta (Perak)
  4. Klang, Hulu Langat, Petaling, Gombak (Selangor)
  5. Kuala Lumpur (WPKL)
  6. Kuching (Sarawak)
  7. Kota Kinabalu (Sabah)

Boleh. Klinik yang ingin mendaftar hanya perlu berada di dalam daerah-daerah yang dinyatakan sahaja untuk fasa rintis Skim ini.  

Mekanisma pembayaran yang digunakan dalam Skim ini adalah Fee-for-service. Klinik Panel akan dibayar semula berdasarkan perkhidmatan yang diberikan kepada penerima. Sila rujuk kepada senarai lengkap perkhidmatan dan kadar yang ditetapkan di dalam Skim Perubatan MADANI List of Services & Fee Schedule di PRIMIS Provider Portal. 

Sistem digital web-based percuma yang akan digunakan ialah PRIMIS (Primary Care Information System) yang akan dipantau dan dikendalikan oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.

  • Hanya Klinik Perubatan Swasta yang berada di 10 daerah dibawah boleh menyertai Skim Perubatan MADANI:

    1. Johor Bharu (Johor)
    2. Timur Laut (Pulau Pinang)
    3. Kinta (Perak)
    4. Klang, Hulu Langat, Petaling, Gombak (Selangor)
    5. Kuala Lumpur (WPKL)
    6. Kuching (Sarawak)
    7. Kota Kinabalu (Sabah)

  • Klinik mestilah berdaftar sebagai “Klinik Perubatan Swasta”.
  • Klinik yang berdaftar sebagai “Klinik Pakar Perubatan Swasta” tidak termasuk dalam fasa rintis ini.
  • Klinik mestilah dilengkapi dengan talian telefon, akses Internet, komputer dan mesin cetak.

Untuk mana-mana perkhidmatan tambahan (contoh: perkhidmatan X-ray), klinik perlu mengisytihar dan memuat naik dokumen berkaitan ketika pendaftaran di dalam sistem.

  • Pendaftaran klinik harus dibuat atas nama “Orang yang Bertanggungjawab” seperti yang dinyatakan dalam Borang B / Borang F (Sijil Pendaftaran Klinik). Dokumen yang perlu dimuat naik adalah:
    • Sijil pendaftaran untuk menjalankan klinik perubatan swasta umum iaitu Borang B atau Borang F.
    • Sijil pendaftaran penuh (MMC) Orang yang Bertanggungjawab.
    • Annual Practicing Certificate (APC) tahun semasa Orang yang Bertanggungjawab.
    • Bukti penyata akaun bank (yang mempunyai nama Klinik/Syarikat seperti Borang B/F)
      • Akaun persendirian TIDAK DIBENARKAN.
    • Klinik dengan perkhidmatan X-ray dikehendaki memuat naik:
      • Lesen Tenaga Atom (dalam tempoh sah laku)

Benefit 1 : Free Health Screening

  • Recipients must undergo Health Screening (Benefit 1) in order to be eligible for Health Aid (Benefit 2), Completing Cancer Treatment Incentive (Benefit 3), and Transport Incentive (Benefit 4).
  • Health screening may be performed by doctors at any MOH clinic and private clinic registered with PeKa B40.
  • Health screening includes:
    • medical history taking, noting of individual and family ailments, including risk factors
    • mental health screening
    • physical examination
    • clinical breast examination for female recipients, and clinical prostate examination for male recipients who are at risk
    • blood and urine tests
  • Blood and urine specimens will be obtained and sent to the laboratory for the following tests – blood cell test, blood sugar control test, cholesterol test, kidney function test, and urine test.
  • Benefit recipients do not need to fast to undergo those tests.
  • Benefit recipients will not be charged for undergoing physical examinations and laboratory tests under this PeKa B40 package.
  • Should recipients require treatment, they may be referred to a Klinik Kesihatan (government clinic), or, if they agree to be treated at a Private Clinic, recipients must bear the cost of said treatment themselves. For now, the PeKa B40 scheme does not
    include any treatment or medication cost.

Benefit 2: Health Aid

  • This benefit covers medical equipment that is required in procedures/ treatments and is not subsidised in MOH hospitals.
  • A maximum of RM20,000 is given to the recipients in the form of purchased medical equipment.
  • Benefit 2 includes medical equipment in the following categories:
    • Stents for the heart
    • Artificial joint equipment
    • Hearing aid devices
    • Heart pacemakers
    • Prostheses and implants for the spine
    • Prostheses and orthoses for the limb bones
    • Intraocular lenses
    • Breathing therapy equipment and oxygen concentrator
    • Nutritional support assistance
    • Wheelchairs
  • Health Screening (Benefit 1) must be performed first before recipients of PeKa B40 may avail themselves of this benefit.
  • This benefit only applies when recipients of PeKa B40 are treated in MOH hospitals, whereby the application must be made by MOH medical specialists on behalf of the patients who are recipients of PeKa B40.
  • The approval depends on the price range for each medical equipment’s category.

Benefit 3 : Completing Cancer Treatment Incentive

  • Benefit 3 is intended to encourage cancer patients, especially those in the early stages of treatment and disease, to complete their treatment plan as laid out by MOH cancer specialists.
  • RM1,000 is paid to cancer patients who complete their treatment at MOH hospitals.
  • Health Screening (Benefit 1) must be performed first before recipients of PeKa B40 may avail themselves of this benefit.
  • Payment of incentive is divided into two (2) parts
    • RM300 will be paid once the beneficiary started his/her cancer treatment.
    • RM700 will be paid after cancer treatment has been completed.
  • Payment of incentive is made directly to all eligible recipients of PeKa B40 via their registered bank accounts.
  • Application and proof of eligibility for Benefit 3 must be made by a doctor or MOH specialist on behalf of patients who are recipients of PeKa B40.