Skip to content

Soalan Lazim

Skim Perubatan MADANI

Maklumat Umum

Apakah Skim Perubatan MADANI?

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Sakit-sakit Ringan).

Apakah objektif Skim Perubatan MADANI?

Objektif Skim Perubatan MADANI adalah: 

  • Untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan golongan B40, terutamanya di kawasan bandar kerana dapat meningkatkan akses kepada Rawatan Sakit-sakit Ringan di klinik-klinik perubatan swasta yang berdekatan dengan tempat kediaman atau bekerja. 
  • Untuk meningkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam Rawatan Sakit-sakit Ringan, melalui kaedah Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership – PPP)
Apakah manfaat di bawah Skim Perubatan MADANI?

Manfaat Skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Sakit-sakit Ringan secara PERCUMA di Klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI. 

Siapakah yang layak menerima Skim Perubatan MADANI?

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang. Penerima yang layak perlu membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain seperti Iltizam Selangor Sihat, Perak Prihatin dan lain-lain.

Apakah kaedah untuk menyemak kelayakan Skim Perubatan MADANI?

Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman sesawang Skim Perubatan MADANI : https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani, melalui aplikasi MySejahtera atau aplikasi Skim Perubatan MADANI. Kelayakan adalah secara AUTOMATIK sewaktu lawatan ke Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini. Penerima yang layak hanya perlu membawa Kad Pengenalan untuk semak kelayakan di Klinik.

Berapakah jumlah manfaat kelayakan bagi setiap kategori di dalam Skim Perubatan MADANI?

Tiga (3) kategori jumlah kumulatif manfaat kelayakan untuk Skim Perubatan MADANI ialah (sehingga Disember 2023.) :

  1. Isi Rumah Berkeluarga – RM250
  2. Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125
  3. Bujang – RM75

Had manfaat ini akan dikekalkan sehingga 31 Disember 2023. Setiap isi rumah berkeluarga, warga emas tanpa pasangan atau individu bujang boleh menerima rawatan lengkap mengikut had setiap lawatan sehingga menggunakan sepenuhnya jumlah kumulatif seperti yang dinyatakan. Had peruntukan manfaat ini mungkin boleh berubah pada tahun-tahun akan datang bergantung kepada polisi atau program Kerajaan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang kami.

 

Dimanakah lokasi liputan Skim Perubatan MADANI?

Skim Perubatan MADANI memberi fokus kepada 10 daerah iaitu:

  • W.P. Kuala Lumpur
  • Gombak, Selangor
  • Hulu Langat, Selangor
  • Petaling, Selangor
  • Klang, Selangor
  • Johor Bahru, Johor
  • Kinta, Perak
  • Timur Laut, Pulau Pinang
  • Kota Kinabalu, Sabah
  • Kuching, Sarawak

Carian klinik swasta boleh didapati di pautan ini: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics

Adakah penerima Skim Perubatan MADANI akan dikenakan sebarang bayaran untuk tujuan rawatan dan ubat-ubatan?

Tiada sebarang bayaran akan atau boleh dikenakan kepada penerima oleh mana-mana pihak di bawah Skim ini dalam rawatan, prosedur dan ubat-ubatan di bawah Skim Perubatan MADANI. Sekiranya terdapat sebarang aduan yang ingin dilakukan, penerima boleh menghantar emel ke: [email protected] atau menghubungi +603-8687 2525. 

Mengapa Skim Perubatan MADANI hanya layak untuk Kumpulan B40?

Beban kos rawatan kesihatan yang tinggi memberi impak serius kepada status kewangan kumpulan ini. Oleh itu, bagi mengelak Kumpulan B40 daripada terus terbeban dalam mendapatkan khidmat Rawatan Sakit-sakit Ringan, Skim ini diwujudkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan. Sekiranya terdapat sebarang aduan yang ingin dilakukan, penerima boleh menghantar emel ke: [email protected] atau menghubungi +603-8687 2525. 

Bagaimanakah saya hendak menyemak baki had manfaat kelayakan?

1) Mesej/SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan selepas rawatan yang dilakukan.

2) Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan.

3) Boleh menghubungi talian di +603-8687 2525.

Pakej Manfaat Skim Perubatan MADANI

Pengamal Perubatan Swasta

Apakah senarai rawatan yang tidak termasuk dalam manfaat Skim Perubatan MADANI?

Senarai di bawah TIDAK TERMASUK di dalam senarai rawatan Skim ini: 

  1. Imunisasi/Vaksin Rutin 
  2. Saringan Kesihatan  
  3. Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin 
  4. Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin (Contoh: Pemeriksaan Kandungan Berkala) 
  5. Perancangan Keluarga
  6. Perkhidmatan Rehabilitasi (Contoh: Fisitoterapi dan Terapi Pemulihan Carakerja) 
  7. Permintaan Ubat tanpa konsultasi Doktor
  8. Permintaan Suplementasi 
Apakah senarai simptom yang boleh dirawat dibawah pakej Skim Perubatan MADANI?

Skim ini merangkumi Rawatan Sakit-sakit Ringan seperti: 

  1. Demam dan Selsema 
  2. Cirit-birit dan Muntah 
  3. Terseliuh 
  4. Sakit kepala 
  5. Trauma Ringan seperti luka ringan dan lain-lain
Adakah pakej rawatan Skim Perubatan MADANI juga melibatkan prosedur perubatan, ujian dan ubat-ubatan?

Ya, pakej rawatan Skim Perubatan MADANI termasuk konsultasi dan sebilangan ubat-ubatan, prosedur rawatan, dan ujian yang boleh diberikan di klinik swasta. Had setiap rawatan  yang di tanggung Kerajaan melalui klinik swasta adalah seperti berikut:

  1. Jumlah had konsultasi dan ubat-ubatan – RM70; atau Had konsultasi – RM35
  2. Had ujian – RM50
  3. Had prosedur rawatan – RM50

Ini bermakna jumlah had maksimum setiap lawatan yang dibayar oleh Kerajaan adalah sehingga RM170.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya caj pakej rawatan yang dikenakan melebihi had manfaat lawatan yang ditetapkan?

Klinik Perubatan Swasta dilarang untuk mengenakan caj tambahan kepada penerima Skim Perubatan MADANI.

Adakah penerima Skim Perubatan MADANI boleh mendapatkan rawatan di mana-mana Klinik Perubatan Swasta?

Penerima boleh menerima rawatan Skim Perubatan MADANI di mana-mana Klinik Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini (Semak senarai klinik: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics).

Proses Pendaftaran Klinik Perubatan Swasta untuk Skim Perubatan MADANI
  1. Daftar masuk: Lawat laman sesawang di https://primis-provider.protecthealth.com.my/register untuk pendaftaran & muat naik dokumen yang diperlukan di dalam Portal PRIMIS. 
  2. Surat Lantikan: Apabila permohonan telah diluluskan, Klinik akan menerima emel notifikasi untuk muat turun Surat Lantikan (LOA) daripada PRIMIS.  
    Nota: Klinik boleh mengakses papan muka (dashboard) PRIMIS Provider Portal- <Provider Resources> untuk List of Services and Fee Schedule 
  3. Muat naik LOA yang telah ditandatangan: Klinik perlu memuat naik LOA yang telah ditandatangan ke dalam PRIMIS untuk tujuan semakan oleh pihak ProtectHealth. 
  4. Pendaftaran Berjaya: Setelah semakan, Klinik akan diberitahu tentang pendaftaran yang Berjaya sebagai Klinik Panel Skim Perubatan MADANI.  
  5. Penilaian Kemasukan: Klinik perlu melengkapkan dan lulus Penilaian Kemasukan secara maya di dalam PRIMIS. 
    Nota: 10 soalan. Boleh dilakukan sehingga mencapai markah lulus iaitu 80%. 
  6. Status menjadi “Aktif”: Klinik kini boleh mengakses Portal Klinikal PRIMIS. Klinik bersedia untuk melakukan khidmat rawatan sejurus program bermula. 
Jika klinik saya mempunyai kedua-dua akaun BMS dan VCS, yang mana satukah patut saya gunakan untuk mendaftar di bawah Skim Perubatan MADANI?

Jika rakan GP sedia ada mempunyai kedua-dua akaun BMS dan VCS, mana-mana akaun ini boleh digunakan untuk tujuan pendaftaran Skim ini. Namun, kami memberi keutamaan kepada penggunaan akaun VCS untuk berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI. 

Adakah Klinik Perubatan Swasta yang tidak berdaftar sebagai Klinik Panel PeKa B40 atau PICK boleh mendaftar untuk Skim Perubatan MADANI?

Boleh. 

Bagaimanakah Pengamal Perubatan Swasta akan dibayar?

Mekanisma pembayaran yang digunakan dalam Skim ini adalah Fee-for-service. Klinik Panel akan dibayar semula berdasarkan perkhidmatan yang diberikan kepada penerima. Sila rujuk kepada senarai lengkap perkhidmatan dan kadar yang ditetapkan di dalam Skim Perubatan MADANI List of Services & Fee Schedule di PRIMIS Provider Portal. 

Apakah sistem yang akan digunakan oleh Pengamal Perubatan Swasta bagi tuntutan pembayaran?

Sistem digital web-based percuma yang akan digunakan ialah PRIMIS (Primary Care Information System) yang akan dipantau dan dikendalikan oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.

Senarai kriteria untuk Pengamal Perubatan Swasta
  1. Klinik Perubatan Swasta di seluruh Malaysia.
  2. Klinik mestilah berdaftar sebagai “Klinik Perubatan Swasta”.
  3. Klinik yang berdaftar sebagai “Klinik Pakar Perubatan Swasta” tidak termasukdalam fasa rintis ini.
  4. Klinik mestilah dilengkapi dengan talian telefon, akses Internet, komputer danmesin cetak.
  5. Untuk mana-mana perkhidmatan tambahan (contoh: perkhidmatan X-ray), klinik perlu mengisytihar dan memuat naik dokumen berkaitan ketika pendaftaran di dalam sistem.
Syarat pendaftaran Pengamal Perubatan Swasta
  • Pendaftaran klinik harus dibuat atas nama “Orang yang Bertanggungjawab” seperti yang dinyatakan dalam Borang B / Borang F (Sijil Pendaftaran Klinik). Dokumen yang perlu dimuat naik adalah:
    • Sijil pendaftaran untuk menjalankan klinik perubatan swasta umum iaitu Borang B atau Borang F.
    • Sijil pendaftaran penuh (MMC) Orang yang Bertanggungjawab.
    • Annual Practicing Certificate (APC) tahun semasa Orang yang Bertanggungjawab.
    • Bukti penyata akaun bank (yang mempunyai nama Klinik/Syarikat seperti Borang B/F)
      • Akaun persendirian TIDAK DIBENARKAN.
    • Klinik dengan perkhidmatan X-ray dikehendaki memuat naik:
      • Lesen Tenaga Atom (dalam tempoh sah laku)

PeKa B40

Maklumat Umum

Apakah PeKa B40?
  • Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
  • PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan mereka, yang berumur 40 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.
Apakah objektif PeKa B40?

PeKa B40 bertujuan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Inisiatif ini memberi penekanan kepada penyakit tidak berjangkit dan memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama sektor awam dan swasta, lebih-lebih lagi di peringkat penjagaan kesihatan primer.

Apakah manfaat PeKa B40
  • Saringan Kesihatan
  • Bantuan Alat Perubatan
  • Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
  • Insentif Tambang Pengangkutan
Siapakah yang layak menyertai PeKa B40?

Ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Kelayakan menyertai PeKa B40 adalah berdasarkan kriteria berikut:

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangannya yang berdaftar.
  • Berumur 40 tahun dan ke atas.
  •  
Bagaimana penerima dapat mengetahui kelayakan mereka untuk menyertai PeKa B40?

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangannya yang berumur 40 tahun dan ke atas boleh menyemak kelayakan di sini dengan hanya memasukkan nombor MyKad dan kombinasi maklumat lain.

Adakah penerima PeKa B40 dikenakan sebarang bayaran?

Tidak. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Semua manfaat PeKa B40 diberikan secara percuma.

Mengapa PeKa B40 hanya melibatkan kumpulan B40 yang berumur 40 tahun dan ke atas sahaja?
  • PeKa B40 bermula sebagai projek perintis dan dilaksanakan secara berperingkat.
  • Lebih ramai kumpulan B40 menghidapi penyakit tidak berjangkit berbanding kumpulan lain (M40 & T20).
  • Peringkat umur 40 tahun ke atas juga mempunyai beban penyakit NCD yang lebih tinggi, dan belum dikesan atau tahap penyakit tidak dikawal dengan baik.
  • Ia akan diperluaskan kepada kumpulan yang lain bergantung kepada keberkesanan program ini dan peruntukan kewangan dari Kerajaan.
Apakah syarat untuk menerima Manfaat 2, 3 dan 4?
  • Pesakit mestilah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau pasangannya dan berumur 40 tahun dan ke atas;
  • Telah melakukan Saringan Kesihatan (Manfaat 1); dan
  • Permohonan mestilah dilakukan melalui hospital Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja.

Manfaat 1 : Saringan Kesihatan

Apakah yang diperlukan untuk menjalankan saringan kesihatan?
  • Tiada pendaftaran lebih awal diperlukan.
  • Tiada bayaran dikenakan.
Bolehkah penerima yang sama membuat lebih daripada satu (1) saringan?
  • Tidak. Saringan hanya boleh dibuat hanya sekali sahaja untuk penerima yang layak selagi peruntukan mencukupi.
  • Setelah menjalankan lawatan pertama di klinik untuk saringan kesihatan, maklumat penerima telahpun direkod dan spesimen darah dan air kencing akan dihantar ke makmal swasta untuk menjalankan ujian yang ditetapkan.
  • Sekiranya penerima PeKa B40 pergi ke klinik yang lain untuk menjalankan saringan sekali lagi, proses tersebut tidak akan dapat diteruskan.
Di manakah saringan kesihatan boleh dilakukan?
  • Mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40 dan mempunyai pelekat PeKa B40 di pintu klinik.
  • Senarai klinik PeKa B40 boleh dirujuk di sini.
  • Kebanyakan klinik kesihatan Kerajaan yang ada doktor bertugas.
Apakah senarai saringan kesihatan yang akan dilakukan?
  • Pemeriksaan kesihatan:
    • Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
    • Saringan kesihatan mental
    • Pemeriksaan fizikal
    • Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
  • Pemeriksaan makmal:
    • Ujian sel darah
    • Ujian kawalan gula dalam darah
    • Ujian paras kolesterol
    • Ujian fungsi buah pinggang
  • Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk Saringan Kesihatan yang dinyatakan di atas.
Bagaimanakah keputusan saringan diperolehi?
  • Untuk penerima yang telah menjalankan Saringan Kesihatan mereka mungkin telah pun mendapat tarikh untuk lawatan kedua. Jika belum, doktor/ klinik akan menghubungi penerima melalui panggilan telefon, sistem pesanan ringkas (SMS) atau mesej WhatsApp, untuk menetapkan temujanji bagi lawatan kedua.
  • Keputusan saringan kesihatan akan dimaklumkan oleh doktor pada lawatan kedua. Sekiranya rawatan atau pemeriksaan lanjut diperlukan, doktor swasta akan merujuk penerima ke Klinik Kesihatan atau Hospital KKM yang relevan dan terdekat. Surat rujukan PeKa B40 akan dikeluarkan oleh klinik swasta untuk dibawa ke fasiliti KKM.

Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan

Bagaimana cara untuk memohon bantuan alat perubatan?
  • Permohonan Bantuan Alat Perubatan adalah melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan di Hospital KKM sahaja.
  • Pegawai Perubatan atau pakar yang merawat penerima PeKa B40 akan membuat rujukan kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan untuk proses permohonan.
  • Pegawai Perubatan atau pakar yang merawat juga akan mengesahkan apakah peralatan perubatan yang memerlukan bantuan.
Apakah kategori Bantuan Alat Perubatan yang ditawarkan?
  • Terdapat 10 jenis kategori Bantuan Alat Perubatan yang ditawarkan berdasarkan pengesahan oleh pakar di Hospital KKM:
    1. Stent untuk jantung
    2. Alat sendi tiruan
    3. Alat bantuan pendengaran
    4. Perentak jantung
    5. Prostesis & implan untuk tulang belakang
    6. Prostesis dan ortosis tulang anggota
    7. Kanta mata intraokular (untuk pesakit katarak)
    8. Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
    9. Bantuan sokongan nutrisi
    10. Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
    11. Kerusi roda
  • Had maksima Bantuan Alat Perubatan yang dapat dibiayai oleh PeKa B40 adalah RM20,000. Ianya juga tertakluk kepada julat harga dalam setiap kategori peralatan.
Apa berlaku sekiranya kos alat perubatan yang dipohon kurang daripada RM20,000?

Selama PeKa B40 dilaksanakan oleh Kerajaan, penerima boleh memohon pelbagai bantuan alat perubatan di dalam senarai yang dikenalpasti, selagi baki jumlah RM20,000 mesih ada. Contohnya, seorang penerima yang telah mendapat bantuan kanta mata intraokular masih boleh memohon bantuan untuk perentak jantung pada masa yang berlainan.

Adakah ahli keluarga juga akan mendapat manfaat Bantuan Alat Perubatan ini?

PeKa B40 hanya layak kepada Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangannya yang berdaftar, yang berumur 40 tahun ke atas sahaja. Setiap orang mempunyai had bantuan RM20,000. Ianya tidak boleh dipanjangkan kepada ahli keluarga yang lain.

Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser

Berapakah nilai insentif yang diberikan?
  • Jumlah insentif adalah sebanyak RM1,000 untuk menggalakkan pesakit melengkapkan rawatan kuratif di Hospital KKM seperti mana saranan doktor yang merawat.
  • Manfaat 3 ini tidak merangkumi rawatan tradisional atau alternatif.
  • Ia akan diberikan dalam dua (2) peringkat:
    • Peringkat pertama – RM300, apabila permohonan diterima daripada Hospital KKM mengikut proses yang ditetapkan dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima seperti mana proses Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga.
    • Peringkat kedua – RM700, setelah penerima manfaat tamat pelan rawatan kanser seperti yang disahkan oleh doktor yang merawat juga akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun.
Siapakah yang akan membantu dalam membuat permohonan insentif ini?

Sekiranya penerima PeKa B40 menghidap kanser dan masih dalam rawatan, doktor atau pakar perubatan yang merawat akan membuat permohonan bagi pihak penerima.

Jika tidak menghabiskan rawatan kanser yang terakhir, bolehkah memohon insentif ini?
  • Insentif ini diwujudkan bagi menggalakkan pesakit kanser melengkapkan rawatan mereka. Syarat bagi mendapatkan insentif yang kedua adalah pesakit mesti akur pelan rawatan doktor dan melengkapkan rawatan sepenuhnya.
  • Insentif akan diberikan berdasarkan pengesahan doktor atau pakar perubatan yang merawat atas dasar kepakaran mereka untuk menentukan pencapaian peringkat lengkap rawatan.
  • Insentif ini juga hanya diberikan kepada penerima yang masih hidup sahaja dan tidak boleh dituntut oleh waris.
Sekiranya penerima PeKa B40 sedang menerima rawatan kanser, adakah mereka layak untuk manfaat ini?

Ya. Penerima PeKa B40 yang sedang menjalani rawatan kanser layak untuk menfaat ini. Namun saringan kesihatan masih perlu dijalankan dan/ atau keputusan saringan dimasukkan ke dalam pangkalan data PeKa B40. Jika saringan kesihatan belum dijalankan, doktor atau pakar perubatan di hospital akan menasihati bagaimana untuk melakukan saringan kesihatan.

Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan

Bagaimanakah bentuk insentif tambang pengangkutan ini?

Insentif tambang pengangkutan akan diberikan bagi perjalanan pergi dan balik untuk rawatan kanser (Manfaat 3) dan rawatan untuk menggunakan/ memasukkan alat perubatan (Manfaat 2) di Hospital KKM mengikut tarikh temujanji yang ditetapkan.

Berapakah nilai insentif tambang pengangkutan yang diberikan?
  • Nilai insentif adalah bergantung kepada jarak rumah pesakit dengan hospital.
  • Ianya dibayar ke dalam akaun penerima untuk setiap kali perjalanan pergi dan balik hospital/ rumah, sehinggalah had maksimum sebanyak RM500 (Semenanjung) atau RM1,000 (Sabah/ Sarawak/ Labuan) bagi setiap penyakit.
Bagaimanakah untuk membuat permohonan insentif tersebut?
  • Bagi penerima Manfaat 2 iaitu Bantuan Alat Perubatan, permohonan boleh dibuat melalui Pegawai Kerja Sosial Perubatan.
  • Bagi penerima Manfaat 3 iaitu Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser, permohonan boleh dibuat melalui doktor yang merawat penyakit kanser tersebut di Hospital KKM.
Apakah yang akan berlaku jika pesakit tidak datang ke hospital?

Insentif ini diberikan untuk menggalakkan pesakit datang ke hospital untuk mendapat atau melengkapkan rawatan. Jika pesakit tidak datang untuk rawatan, maka pesakit tidak akan mendapat insentif tersebut.

Adakah insentif ini dibayar bagi perjalanan pergi dan balik?

Ya, insentif ini dikira dan dibayar sebagai bantuan perjalanan 2 hala iaitu dari rumah pergi ke hospital dan seterusnya pulang ke rumah mengikut kadar dan syarat yang ditetapkan untuk PeKa B40.

Bagaimanakah pembayaran Insentif Tambang Pengangkutan dibuat?
  • Setelah permohonan untuk Insentif Tambang Pengangkutan dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau Pegawai Perubatan yang merawat, sistem akan mengira jumlah bayaran berdasarkan jarak yang telah ditentukan.

Pengamal Perubatan Am Swasta

Bagaimanakan pengamal perubatan swasta akan dibayar?
  • Pembayaran kepada pengamal perubatan swasta adalah berdasarkan Jadual ke-7 dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan dan Swasta 1998, pindaan 2006 yang sedang diguna pakai sekarang.
  • Pengamal perubatan yang terlibat tidak perlu membayar sebarang yuran pendaftaran.
  • Tiada fee splitting untuk perkhidmatan saringan kesihatan yang dijalankan di bawah PeKa B40.
  • Ujian makmal telah ditetapkan dan akan dibayar terus kepada makmal swasta tersebut. Tiada sebarang bayaran atau perkongsian bayaran berlaku di antara klinik dan makmal swasta.
  • Pengamal perubatan yang berminat boleh mendaftar untuk menyertai skim ini secara sukarela (bukan mandatori).
Bagaimanakah caranya bagi pengamal perubatan swasta yang berminat untuk menyertai skim ini?

Para pengamal perubatan swasta boleh mendaftar secara atas talian di sini.

Vaksin Covid

Klinik Swasta / Klinik Pakar

Bagaimanakan pendaftaran GP / Klinik Pakar boleh dilakukan?

Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari laman web ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, GP / Klinik Pakar boleh menghantar emel ke [email protected].

Adakah pendaftaran GP / Klinik Pakar hanya boleh dilakukan dalam tempoh tertentu? Atau berlangsung sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)?

Berlangsung sepanjang pelaksanaan PICK.

Adakah GP / Klinik Pakar perlu membayar untuk menyertai PICK?

Tiada yuran pendaftaran.

Adakah GP / Klinik Pakar perlu menyediakan pharmaceutical fridge sendiri?

Ya untuk model vaksinasi di klinik

Adakah low dead-volume syringe, dan kad vaksin akan disediakan?

Untuk vaksin Pfizer, low dead-volume syringe dan kad vaksinasi akan diberikan oleh KKM.

Adakah GP / Klinik Pakar akan dibekalkan dengan PPE?

Tidak. GP / Klinik Pakar perlu menyediakan PPE sendiri.

Adakah GP / Klinik Pakar akan diberikan latihan untuk terlibat dalam PICK?

Ya. Butiran akan dimaklumkan kelak.

Adakah GP / Klinik Pakar akan diberi peralatan atau perubatan kecemasan?

Tidak. Ia perlu disediakan oleh GP / Klinik Pakar.

Berapakah bayaran yang akan diberikan kepada GP / Klinik Pakar?

Untuk model vaksinasi di klinik pembayaran RM19 per dos yang diberikan.

Bagaimanakah pembayaran akan dilakukan kepada GP / Klinik Pakar?

Pembayaran akan dilakukan oleh ProtectHealth.

Hospital Swasta / Pusat Jagaan Ambulatori

Bagaimanakan pendaftaran Hospital Swasta / ACC boleh dilakukan?

Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari laman web ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, Hospital Swasta / ACC boleh menghantar emel ke [email protected].

Adakah pendaftaran Hospital Swasta / ACC dibuka dalam jangka masa tertentu?

Pendaftaran Hospital Swasta / ACC berlaku sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Nasional.

Adakah Hospital Swasta / ACC perlu membayar untuk menyertai Program Imunisasi COVID-19 Nasional?

Tiada bayaran penyertaan diperlukan.

Adakah Hospital Swasta / ACC akan diberi latihan untuk terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Nasional?

Ya, latihan akan diberikan sebelum memulakan program ini.

Adakah Hospital Swasta / ACC akan diberi akses ke sistem tertentu untuk penglibatan Program Imunisasi COVID-19 Nasional?

Ya, Hospital Swasta / ACC akan diberi akses ke sistem IT yang digunakan dalam program ini yang merangkumi Sistem Pentadbiran Vaksin Malaysia (MyVAS), Sistem Pengurusan Vaksin (VMS) dan Sistem Kawalan Vaksin dari ProtectHealth (VCS).

Berapa banyak pembayaran yang akan diterima oleh Hospital Swasta / ACC untuk program ini?
Hospital Swasta / ACC akan menerima pembayaran sebanyak RM 19 setiap dos yang diberikan.
Bagaimana pembayaran akan dibuat ke Hospital Swasta / ACC?

Pembayaran akan dibuat melalui ProtectHealth.

Healthcare Organisation (HCO)

Bagaimanakan pendaftaran HCO boleh dilakukan?

Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari laman web ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, HCO boleh menghantar emel ke [email protected].

Adakah pendaftaran HCO hanya boleh dilakukan dalam tempoh tertentu? Atau berlangsung sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)?

Berlangsung sepanjang pelaksanaan PICK.

Adakah HCO perlu membayar untuk menyertai PICK?

Tiada yuran pendaftaran.

Adakah HCO perlu menyediakan pharmaceutical fridge sendiri?

Ya bagi mengendalikan vaksinasi di PPV yang ditetapkan.

Adakah low dead-volume syringe, dan kad vaksin akan disediakan?

Untuk vaksin Pfizer, low dead-volume syringe dan kad vaksinasi akan diberikan oleh KKM.

Adakah HCO akan dibekalkan dengan PPE?

Tidak. HCO perlu menyediakan PPE sendiri.

Adakah HCO akan diberikan latihan untuk terlibat dalam PICK?

Ya. Butiran akan dimaklumkan kelak.

Adakah HCO akan diberi peralatan atau perubatan kecemasan?

Tidak. Ia perlu disediakan oleh HCO.

Berapakah bayaran yang akan diberikan kepada HCO?

Untuk model vaksinasi di PPV pembayaran RM19 per dos yang diberikan.

Bagaimanakah pembayaran akan dilakukan kepada HCO?

Pembayaran akan dilakukan oleh ProtectHealth.

Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Bagaimanakan pendaftaran NGO boleh dilakukan?

Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari laman web ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, NGO boleh menghantar emel ke [email protected].

Adakah pendaftaran NGO hanya boleh dilakukan dalam tempoh tertentu? Atau berlangsung sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)?

Berlangsung sepanjang pelaksanaan PICK.

Adakah NGO perlu membayar untuk menyertai PICK?

Tiada yuran pendaftaran.

Adakah NGO perlu menyediakan pharmaceutical fridge sendiri?

Ya bagi mengendalikan vaksinasi di fasiliti dan luar fasiliti yang ditetapkan.

Adakah low dead-volume syringe, dan kad vaksin akan disediakan?

Untuk vaksin Pfizer, low dead-volume syringe dan kad vaksinasi akan diberikan oleh KKM.

Adakah NGO akan dibekalkan dengan PPE?

Tidak. NGO perlu menyediakan PPE sendiri.

Adakah NGO akan diberi peralatan atau perubatan kecemasan?

Tidak. Ia perlu disediakan oleh NGO.

Adakah NGO akan diberikan akses kepada sistem tertentu bagi pelaksanaan PICK ini?

NGO akan menguruskan vaksinasi menerusi Malaysia Vaccine Administration System(MyVAS), Vaccine Management System (VMS) dan ProtectHealth Vaksin Control System (VCS).

Berapakah bayaran yang akan diberikan kepada NGO?

Untuk model vaksinasi di fasiliti/luar fasiliti pembayaran RM19 per dos yang diberikan.

Bagaimanakah pembayaran akan dilakukan kepada NGO?

Pembayaran akan dilakukan oleh ProtectHealth.