Soalan Lazim
Skim Perubatan MADANI
Maklumat Umum
Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-kes Akut).
Objektif Skim Perubatan MADANI adalah:
- Untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan golongan B40, terutamanya di kawasan bandar kerana dapat meningkatkan akses kepada rawatan penjagan primer akut di klinik-klinik perubatan swasta yang berdekatan dengan tempat kediaman atau bekerja.
- Untuk meningkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam rawatan primer akut, melalui kaedah Kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnership (PPP))
Manfaat Skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara PERCUMA di Klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang. Penerima yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK MENERIMA mana-mana manfaat skim perubatan yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana majikan/kerajaan negeri/agensi lain seperti Iltizam Selangor Sihat, Perak Prihatin dan lain-lain.
Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman sesawang Skim Perubatan MADANI : http://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani. Kelayakan adalah secara AUTOMATIK sewaktu lawatan ke Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini. Penerima yang layak hanya perlu membawa Kad Pengenalan untuk semakan kelayakan di Klinik.
Tiga (3) kategori jumlah manfaat kelayakan untuk Skim Perubatan MADANI ialah (sehingga Disember 2023.) :
- Isi Rumah Berkeluarga – RM250
- Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125
- Bujang – RM75
Had manfaat Skim Perubatan MADANI akan berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang kami.
Tiada sebarang bayaran akan atau boleh dikenakan kepada penerima oleh mana-mana pihak di bawah Skim ini dalam rawatan, prosedur dan ubat-ubatan di bawah Skim Perubatan MADANI. Sekiranya terdapat sebarang aduan yang ingin dilakukan, penerima boleh menghantar emel ke: spm@protecthealth.com.my atau menghubungi +603-8687 2525.
Beban kos rawatan kesihatan yang tinggi memberi impak serius kepada status kewangan kumpulan ini. Oleh itu, bagi mengelak Kumpulan B40 daripada terus terbeban dalam mendapatkan khidmat rawatan primer akut, Skim ini diwujudkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan. Sekiranya terdapat sebarang aduan yang ingin dilakukan, penerima boleh menghantar emel ke: spm@protecthealth.com.my atau menghubungi +603-8687 2525.
Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan atau boleh menghubungi talian di +603-8687 2525.
Pakej Manfaat Skim Perubatan MADANI
Senarai di bawah TIDAK TERMASUK di dalam senarai rawatan Skim ini:
- Imunisasi/Vaksin Rutin
- Saringan Kesihatan
- Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin
- Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin (Contoh: Pemeriksaan Kandungan Berkala)
- Perancangan Keluarg
- Perkhidmatan Rehabilitasi (Contoh: Fisitoterapi dan Terapi Pemulihan Carakerja)
- Permintaan Ubat tanpa konsultasi Doktor
- Permintaan Suplementasi
Skim ini merangkumi Rawatan Pesakit Luar Kes-kes Akut seperti:
- Demam dan Selsema
- Cirit-birit dan Muntah
- Terseliuh
- Sakit kepala
- Trauma Ringan seperti luka ringan
- Dan lain-lain
Ya, seperti yang ditetapkan di dalam Skim Perubatan MADANI List of Services & Fee Schedule di PRIMIS Provider Portal.
Klinik Perubatan Swasta tidak boleh mengenakan sebarang caj rawatan tambahan kepada pesakit di bawah Skim Perubatan MADANI. Sekiranya terdapat sebarang rawatan dan/atau prosedur tambahan yang tidak tersenarai di bawah Skim ini, pihak Klinik Perubatan Swasta perlulah merujuk pesakit kepada fasiliti kesihatan awam seperti Klinik Kesihatan dan Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.
Boleh dengan syarat Klinik Perubatan Swasta tersebut berdaftar di bawah Skim ini. Penerima boleh menyemak senarai klinik yang berdaftar di laman sesawang atau boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI.
Pengamal Perubatan Swasta Umum
- Daftar masuk: Lawat laman sesawang di https://primis-provider.protecthealth.com.my/register untuk pendaftaran & muat naik dokumen yang diperlukan di dalam Portal PRIMIS.
- Surat Lantikan: Apabila permohonan telah diluluskan, Klinik akan menerima emel notifikasi untuk muat turun Surat Lantikan (LOA) daripada PRIMIS.
Nota: Klinik boleh mengakses papan muka (dashboard) PRIMIS Provider Portal- <Provider Resources> untuk List of Services and Fee Schedule - Muat naik LOA yang telah ditandatangan: Klinik perlu memuat naik LOA yang telah ditandatangan ke dalam PRIMIS untuk tujuan semakan oleh pihak ProtectHealth.
- Pendaftaran Berjaya: Setelah semakan, Klinik akan diberitahu tentang pendaftaran yang Berjaya sebagai Klinik Panel Skim Perubatan MADANI.
- Penilaian Kemasukan: Klinik perlu melengkapkan dan lulus Penilaian Kemasukan secara maya di dalam PRIMIS.
Nota: 10 soalan. Boleh dilakukan sehingga mencapai markah lulus iaitu 80%. - Status menjadi “Aktif”: Klinik kini boleh mengakses Portal Klinikal PRIMIS. Klinik bersedia untuk melakukan khidmat rawatan sejurus program bermula.
Jika rakan GP sedia ada mempunyai kedua-dua akaun BMS dan VCS, mana-mana akaun ini boleh digunakan untuk tujuan pendaftaran Skim ini. Namun, kami memberi keutamaan kepada penggunaan akaun VCS untuk berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI.
Boleh.
Mekanisma pembayaran yang digunakan dalam Skim ini adalah Fee-for-service. Klinik Panel akan dibayar semula berdasarkan perkhidmatan yang diberikan kepada penerima. Sila rujuk kepada senarai lengkap perkhidmatan dan kadar yang ditetapkan di dalam Skim Perubatan MADANI List of Services & Fee Schedule di PRIMIS Provider Portal.
Sistem digital web-based percuma yang akan digunakan ialah PRIMIS (Primary Care Information System) yang akan dipantau dan dikendalikan oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.
- Klinik mestilah berdaftar sebagai “Klinik Perubatan Swasta”.
- Klinik yang berdaftar sebagai “Klinik Pakar Perubatan Swasta” tidak termasuk dalam fasa rintis ini.
- Klinik mestilah dilengkapi dengan talian telefon, akses Internet, komputer dan mesin cetak.
Untuk mana-mana perkhidmatan tambahan (contoh: perkhidmatan X-ray), klinik perlu mengisytihar dan memuat naik dokumen berkaitan ketika pendaftaran di dalam sistem.
- Pendaftaran klinik harus dibuat atas nama "Orang yang Bertanggungjawab" seperti yang dinyatakan dalam Borang B / Borang F (Sijil Pendaftaran Klinik). Dokumen yang perlu dimuat naik adalah:
- Sijil pendaftaran untuk menjalankan klinik perubatan swasta umum iaitu Borang B atau Borang F.
- Sijil pendaftaran penuh (MMC) Orang yang Bertanggungjawab.
- Annual Practicing Certificate (APC) tahun semasa Orang yang Bertanggungjawab.
- Bukti penyata akaun bank (yang mempunyai nama Klinik/Syarikat seperti Borang B/F)
- Akaun persendirian TIDAK DIBENARKAN.
- Klinik dengan perkhidmatan X-ray dikehendaki memuat naik:
- Lesen Tenaga Atom (dalam tempoh sah laku)
PeKa B40
Maklumat Umum
- Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
- PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan mereka, yang berumur 40 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.
PeKa B40 bertujuan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Inisiatif ini memberi penekanan kepada penyakit tidak berjangkit dan memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama sektor awam dan swasta, lebih-lebih lagi di peringkat penjagaan kesihatan primer.
- Saringan Kesihatan
- Bantuan Alat Perubatan
- Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
- Insentif Tambang Pengangkutan
Ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Kelayakan menyertai PeKa B40 adalah berdasarkan kriteria berikut:
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangannya yang berdaftar.
- Berumur 40 tahun dan ke atas.
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangannya yang berumur 40 tahun dan ke atas boleh menyemak kelayakan di sini dengan hanya memasukkan nombor MyKad dan kombinasi maklumat lain.
Tidak. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Semua manfaat PeKa B40 diberikan secara percuma.
- PeKa B40 bermula sebagai projek perintis dan dilaksanakan secara berperingkat.
- Lebih ramai kumpulan B40 menghidapi penyakit tidak berjangkit berbanding kumpulan lain (M40 & T20).
- Peringkat umur 40 tahun ke atas juga mempunyai beban penyakit NCD yang lebih tinggi, dan belum dikesan atau tahap penyakit tidak dikawal dengan baik.
- Ia akan diperluaskan kepada kumpulan yang lain bergantung kepada keberkesanan program ini dan peruntukan kewangan dari Kerajaan.
- Pesakit mestilah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau pasangannya dan berumur 40 tahun dan ke atas;
- Telah melakukan Saringan Kesihatan (Manfaat 1); dan
- Permohonan mestilah dilakukan melalui hospital Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja.
Manfaat 1 : Saringan Kesihatan
- Tiada pendaftaran lebih awal diperlukan.
- Tiada bayaran dikenakan.
- Tidak. Saringan hanya boleh dibuat hanya sekali sahaja untuk penerima yang layak selagi peruntukan mencukupi.
- Setelah menjalankan lawatan pertama di klinik untuk saringan kesihatan, maklumat penerima telahpun direkod dan spesimen darah dan air kencing akan dihantar ke makmal swasta untuk menjalankan ujian yang ditetapkan.
- Sekiranya penerima PeKa B40 pergi ke klinik yang lain untuk menjalankan saringan sekali lagi, proses tersebut tidak akan dapat diteruskan.
- Mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40 dan mempunyai pelekat PeKa B40 di pintu klinik.
- Senarai klinik PeKa B40 boleh dirujuk di sini.
- Kebanyakan klinik kesihatan Kerajaan yang ada doktor bertugas.
- Pemeriksaan kesihatan:
- Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
- Saringan kesihatan mental
- Pemeriksaan fizikal
- Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
- Pemeriksaan makmal:
- Ujian sel darah
- Ujian kawalan gula dalam darah
- Ujian paras kolesterol
- Ujian fungsi buah pinggang
- Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk Saringan Kesihatan yang dinyatakan di atas.
- Untuk penerima yang telah menjalankan Saringan Kesihatan mereka mungkin telah pun mendapat tarikh untuk lawatan kedua. Jika belum, doktor/ klinik akan menghubungi penerima melalui panggilan telefon, sistem pesanan ringkas (SMS) atau mesej WhatsApp, untuk menetapkan temujanji bagi lawatan kedua.
- Keputusan saringan kesihatan akan dimaklumkan oleh doktor pada lawatan kedua. Sekiranya rawatan atau pemeriksaan lanjut diperlukan, doktor swasta akan merujuk penerima ke Klinik Kesihatan atau Hospital KKM yang relevan dan terdekat. Surat rujukan PeKa B40 akan dikeluarkan oleh klinik swasta untuk dibawa ke fasiliti KKM.
Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan
- Permohonan Bantuan Alat Perubatan adalah melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan di Hospital KKM sahaja.
- Pegawai Perubatan atau pakar yang merawat penerima PeKa B40 akan membuat rujukan kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan untuk proses permohonan.
- Pegawai Perubatan atau pakar yang merawat juga akan mengesahkan apakah peralatan perubatan yang memerlukan bantuan.
- Terdapat 10 jenis kategori Bantuan Alat Perubatan yang ditawarkan berdasarkan pengesahan oleh pakar di Hospital KKM:
- Stent untuk jantung
- Alat sendi tiruan
- Alat bantuan pendengaran
- Perentak jantung
- Prostesis & implan untuk tulang belakang
- Prostesis dan ortosis tulang anggota
- Kanta mata intraokular (untuk pesakit katarak)
- Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
- Bantuan sokongan nutrisi
- Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
- Kerusi roda
- Had maksima Bantuan Alat Perubatan yang dapat dibiayai oleh PeKa B40 adalah RM20,000. Ianya juga tertakluk kepada julat harga dalam setiap kategori peralatan.
Selama PeKa B40 dilaksanakan oleh Kerajaan, penerima boleh memohon pelbagai bantuan alat perubatan di dalam senarai yang dikenalpasti, selagi baki jumlah RM20,000 mesih ada. Contohnya, seorang penerima yang telah mendapat bantuan kanta mata intraokular masih boleh memohon bantuan untuk perentak jantung pada masa yang berlainan.
PeKa B40 hanya layak kepada Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangannya yang berdaftar, yang berumur 40 tahun ke atas sahaja. Setiap orang mempunyai had bantuan RM20,000. Ianya tidak boleh dipanjangkan kepada ahli keluarga yang lain.
Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser
- Jumlah insentif adalah sebanyak RM1,000 untuk menggalakkan pesakit melengkapkan rawatan kuratif di Hospital KKM seperti mana saranan doktor yang merawat.
- Manfaat 3 ini tidak merangkumi rawatan tradisional atau alternatif.
- Ia akan diberikan dalam dua (2) peringkat:
- Peringkat pertama - RM300, apabila permohonan diterima daripada Hospital KKM mengikut proses yang ditetapkan dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima seperti mana proses Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga.
- Peringkat kedua - RM700, setelah penerima manfaat tamat pelan rawatan kanser seperti yang disahkan oleh doktor yang merawat juga akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun.
Sekiranya penerima PeKa B40 menghidap kanser dan masih dalam rawatan, doktor atau pakar perubatan yang merawat akan membuat permohonan bagi pihak penerima.
- Insentif ini diwujudkan bagi menggalakkan pesakit kanser melengkapkan rawatan mereka. Syarat bagi mendapatkan insentif yang kedua adalah pesakit mesti akur pelan rawatan doktor dan melengkapkan rawatan sepenuhnya.
- Insentif akan diberikan berdasarkan pengesahan doktor atau pakar perubatan yang merawat atas dasar kepakaran mereka untuk menentukan pencapaian peringkat lengkap rawatan.
- Insentif ini juga hanya diberikan kepada penerima yang masih hidup sahaja dan tidak boleh dituntut oleh waris.
Ya. Penerima PeKa B40 yang sedang menjalani rawatan kanser layak untuk menfaat ini. Namun saringan kesihatan masih perlu dijalankan dan/ atau keputusan saringan dimasukkan ke dalam pangkalan data PeKa B40. Jika saringan kesihatan belum dijalankan, doktor atau pakar perubatan di hospital akan menasihati bagaimana untuk melakukan saringan kesihatan.
Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan
Insentif tambang pengangkutan akan diberikan bagi perjalanan pergi dan balik untuk rawatan kanser (Manfaat 3) dan rawatan untuk menggunakan/ memasukkan alat perubatan (Manfaat 2) di Hospital KKM mengikut tarikh temujanji yang ditetapkan.
- Nilai insentif adalah bergantung kepada jarak rumah pesakit dengan hospital.
- Ianya dibayar ke dalam akaun penerima untuk setiap kali perjalanan pergi dan balik hospital/ rumah, sehinggalah had maksimum sebanyak RM500 (Semenanjung) atau RM1,000 (Sabah/ Sarawak/ Labuan) bagi setiap penyakit.
- Bagi penerima Manfaat 2 iaitu Bantuan Alat Perubatan, permohonan boleh dibuat melalui Pegawai Kerja Sosial Perubatan.
- Bagi penerima Manfaat 3 iaitu Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser, permohonan boleh dibuat melalui doktor yang merawat penyakit kanser tersebut di Hospital KKM.
Insentif ini diberikan untuk menggalakkan pesakit datang ke hospital untuk mendapat atau melengkapkan rawatan. Jika pesakit tidak datang untuk rawatan, maka pesakit tidak akan mendapat insentif tersebut.
Ya, insentif ini dikira dan dibayar sebagai bantuan perjalanan 2 hala iaitu dari rumah pergi ke hospital dan seterusnya pulang ke rumah mengikut kadar dan syarat yang ditetapkan untuk PeKa B40.
- Setelah permohonan untuk Insentif Tambang Pengangkutan dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau Pegawai Perubatan yang merawat, sistem akan mengira jumlah bayaran berdasarkan jarak yang telah ditentukan.
Pengamal Perubatan Am Swasta
- Pembayaran kepada pengamal perubatan swasta adalah berdasarkan Jadual ke-7 dalam Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan dan Swasta 1998, pindaan 2006 yang sedang diguna pakai sekarang.
- Pengamal perubatan yang terlibat tidak perlu membayar sebarang yuran pendaftaran.
- Tiada fee splitting untuk perkhidmatan saringan kesihatan yang dijalankan di bawah PeKa B40.
- Ujian makmal telah ditetapkan dan akan dibayar terus kepada makmal swasta tersebut. Tiada sebarang bayaran atau perkongsian bayaran berlaku di antara klinik dan makmal swasta.
- Pengamal perubatan yang berminat boleh mendaftar untuk menyertai skim ini secara sukarela (bukan mandatori).
Para pengamal perubatan swasta boleh mendaftar secara atas talian di sini.
Vaksin Covid
Klinik Swasta / Klinik Pakar
Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari laman web ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, GP / Klinik Pakar boleh menghantar emel ke vaksincovid@protecthealth.com.my.
Berlangsung sepanjang pelaksanaan PICK.
Tiada yuran pendaftaran.
Ya untuk model vaksinasi di klinik
Untuk vaksin Pfizer, low dead-volume syringe dan kad vaksinasi akan diberikan oleh KKM.
Tidak. GP / Klinik Pakar perlu menyediakan PPE sendiri.
Ya. Butiran akan dimaklumkan kelak.
Tidak. Ia perlu disediakan oleh GP / Klinik Pakar.
Untuk model vaksinasi di klinik pembayaran RM19 per dos yang diberikan.
Pembayaran akan dilakukan oleh ProtectHealth.
Hospital Swasta / Pusat Jagaan Ambulatori
Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari laman web ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, Hospital Swasta / ACC boleh menghantar emel ke vaksincovid@protecthealth.com.my.
Pendaftaran Hospital Swasta / ACC berlaku sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Nasional.
Tiada bayaran penyertaan diperlukan.
Ya, latihan akan diberikan sebelum memulakan program ini.
Ya, Hospital Swasta / ACC akan diberi akses ke sistem IT yang digunakan dalam program ini yang merangkumi Sistem Pentadbiran Vaksin Malaysia (MyVAS), Sistem Pengurusan Vaksin (VMS) dan Sistem Kawalan Vaksin dari ProtectHealth (VCS).
Pembayaran akan dibuat melalui ProtectHealth.
Healthcare Organisation (HCO)
Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari laman web ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, HCO boleh menghantar emel ke vaksincovid@protecthealth.com.my.
Berlangsung sepanjang pelaksanaan PICK.
Tiada yuran pendaftaran.
Ya bagi mengendalikan vaksinasi di PPV yang ditetapkan.
Untuk vaksin Pfizer, low dead-volume syringe dan kad vaksinasi akan diberikan oleh KKM.
Tidak. HCO perlu menyediakan PPE sendiri.
Ya. Butiran akan dimaklumkan kelak.
Tidak. Ia perlu disediakan oleh HCO.
Untuk model vaksinasi di PPV pembayaran RM19 per dos yang diberikan.
Pembayaran akan dilakukan oleh ProtectHealth.
Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian dengan melayari laman web ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, NGO boleh menghantar emel ke vaksincovid@protecthealth.com.my.
Berlangsung sepanjang pelaksanaan PICK.
Tiada yuran pendaftaran.
Ya bagi mengendalikan vaksinasi di fasiliti dan luar fasiliti yang ditetapkan.
Untuk vaksin Pfizer, low dead-volume syringe dan kad vaksinasi akan diberikan oleh KKM.
Tidak. NGO perlu menyediakan PPE sendiri.
Tidak. Ia perlu disediakan oleh NGO.
NGO akan menguruskan vaksinasi menerusi Malaysia Vaccine Administration System(MyVAS), Vaccine Management System (VMS) dan ProtectHealth Vaksin Control System (VCS).
Untuk model vaksinasi di fasiliti/luar fasiliti pembayaran RM19 per dos yang diberikan.
Pembayaran akan dilakukan oleh ProtectHealth.