Skip to content

VAKSINASI COVID-19 DI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DIBERIKAN SECARA PERCUMA OLEH KERAJAAN

ProtectHealth ingin menegaskan bahawa vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah diberikan secara PERCUMA oleh pihak Kerajaan. Vaksin COVID-19 ini telah dibeli dan kos pemberiannya adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan samada di fasiliti kerajaan ataupun fasiliti swasta.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menerima sebarang tawaran pemberian vaksin berbayar dan membuat laporan kepada pihak polis. ProtectHealth memandang serius perkara ini dan tidak akan teragak-agak untuk menamatkan perkhidmatan pengamal perubatan swasta jika didapati terlibat dengan penjualan vaksin kerajaan.

Proses pendaftaran PICK perlu melalui saluran yang betul iaitu samada menerusi aplikasi MySejahtera, laman web www.vaksincovid.gov.my atau talian 1800-888-828. Kehadiran ke PPV adalah berdasarkan janji temu seperti yang ditetapkan di MySejahtera.

ProtectHealth juga menyeru orang ramai agar sentiasa merujuk kepada maklumat daripada sumber yang sahih seperti Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan ProtectHealth.

PROTECTHEALTH CORPORATION SDN BHD
17 JUN 2021

Dear Valued Partners/Participants/Sponsors of #PHC2022

We are delighted to inform you that the 1st ProtectHealth Healthcare Conference 2022 will be held on 29th and 30th November 2022.

Full details of the conference will be shared in due course.

Please visit our website https://conference.protecthealth.com.my for the latest updates.

For further inquiries, kindly contact the Corporate Communications Department at corpcomm@protecthealth.com.my.

Thank you for your patience and endless support. See you in November!