1 JUTA PENERIMA MANFAAT PEKA B40 TELAH DISARING
Selari dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang menggalakkan saringan kesihatan di kalangan penduduk, sehingga 6 Julai 2023, sejumlah 1,000,000 penerima PeKa B40 yang layak telah menjalani saringan penyakit tidak berjangkit (NCD) di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40). Sejak dilancarkan pada April 2019, PeKa B40 telah memberi manfaat kepada 1,000,000 orang […]
PENERIMA STR BOLEH DAPATKAN RAWATAN SKIM PERUBATAN MADANI BERMULA 15 JUN 2023
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bahawa program perintis Skim Perubatan MADANI, akan bermula di 10 buah daerah iaitu Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak) bermula 15 Jun sehingga 31 Disember 2023. Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif […]
KKM MENGALU-ALUKAN PENGAMAL PERUBATAN SWASTA UMUM (GP) SERTAI SKIM PERUBATAN MADANI
Semasa pembentangan Bajet 2023, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Skim Perubatan MADANI sebagai salah satu inisiatif Kerajaan bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di kemudahan kesihatan Kerajaan. Skim Perubatan MADANI merupakan manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ia bertujuan untuk membantu golongan B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes-kes […]
SARINGAN KESIHATAN PeKa B40 DI SARAWAK MENINGKAT LEBIH DUA KALI GANDA DALAM DUA SUKU PERTAMA
15 SEPTEMBER 2022, SIBU – Saringan kesihatan yang dijalankan di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) di Sarawak meningkat lebih dua kali ganda dalam tujuh bulan pertama tahun ini. Semua ini disumbangkan oleh 16,325 saringan kesihatan yang dilakukan dari 1 Januari 2022 hingga 31 Julai 2022 di Sarawak, berbanding 7,274 saringan yang […]
PROTECTHEALTH DAN KKM LAKAR SEJARAH, TERIMA ANUGERAH MALAYSIA BOOK OF RECORDS
13 SEPTEMBER 2022, PUTRAJAYA – ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya melakar sejarah apabila diiktiraf sebagai ‘MOST VACCINATION DOSES ADMINISTERED IN A DAY’ daripada Malaysia Book of Records, menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dijalankan sejak Februari 2021. Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin berkata penganugerahan ini adalah hasil daripada […]
PROTECTHEALTH OPTIMIS MENYARING SERAMAI 23,500 WARGA JOHOR YANG LAYAK DI BAWAH SKIM PeKa B40 PADA 2022
12 OGOS 2022, JOHOR BAHRU – ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) kekal fokus melalui pelbagai langkah agresif yang dilaksanakan untuk menyaring lebih 23,500 rakyat di Johor yang layak bagi tahun 2022, di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (Peka B40), berdasarkan prestasi positif yang dicatatkan pada enam bulan pertama tahun ini. Jumlah saringan sepanjang […]
PROTECTHEALTH MELANGKAH KEHADAPAN DENGAN PeKa B40 SEIRING DENGAN PROGRAM SARINGAN KESIHATAN KEBANGSAAN (NHSI)
20 JULAI 2022 – Sebagai salah satu rakan strategik untuk kempen Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) yang dilancarkan pada 16 Julai 2022, ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) menyokong sepenuhnya kempen itu dengan menjalankan beberapa program jangkau luar Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) serta membuka awareness booth di beberapa negeri di Malaysia dari […]
HOME VACCINATION UNTUK WARGA EMAS YANG TIDAK DAPAT HADIR KE PPV
25 MAC 2022 – Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin pada 17 Mac 2022, warga emas dinasihatkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 dan suntikan dos penggalak untuk meningkatkan perlindungan diri daripada virus COVID-19, terutamanya menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi. ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) menyedari situasi dalam kalangan rakyat, terutamanya warga emas […]
PROTECTHEALTH, TERAJU MEMBENTUK KERJASAMA STRATEGIK UNTUK PROGRAM PEKA B40
23 MAC 2022 – ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth), sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mempromosikan kesedaran yang lebih tinggi mengenai Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40). Dalam hubungan strategik ini, TERAJU akan mengenal pasti […]
TEMPAHAN JANJI TEMU DOS PENGGALAK KINI TERSEDIA DI MYSEJAHTERA
18 MAC 2022 – Orang ramai kini boleh membuat janji temu untuk dos penggalak melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera untuk tempahan slot janji temu bermula pada 21 Mac 2022 (Isnin), di seluruh negara. Susulan itu, orang ramai boleh memilih PPV pilihan mereka serta tarikh dan masa pilihan untuk mendapatkan vaksinasi dos penggalak melalui […]