KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) MEMPERLUAS SKIM PERUBATAN MADANI (SPM) KE SELURUH MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan sukacitanya mengumumkan perluasan Skim Perubatan MADANI (SPM) ke seluruh Malaysia, berkuatkuasa mulai 15 September 2023. SPM merupakan inisiatif Kerajaan dalam meningkatkan akses kepada penjagaan rawatan primer akut (rawatan pesakit luar ringan) bagi golongan berpendapatan rendah.

Dengan perluasan ini, golongan B40 yang penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di seluruh negara boleh mendapatkan rawatan pesakit luar ringan secara percuma di klinik swasta yang berdaftar tanpa perlu membayar sebarang caj. Kos rawatan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan dan dibayar secara langsung kepada klinik swasta.

Sejak pelancaran SPM pada 15 Jun 2023, KKM telah menerima dan mempertimbangkan input dan cadangan daripada pelbagai pihak berhubung skim ini.

Sehubungan itu, beberapa penambahbaikan akan dilaksanakan, seperti berikut:

  1. Peningkatan had fi konsultasi daripada RM30 kepada RM35
  2. Peningkatan jumlah had fi konsultasi dan ubat ditingkatkan daripada RM60 ke RM70
  3. Bilangan jenis ubat yang disenaraikan dalam pakej skim ini akan ditingkatkan daripada 150 kepada 170 jenis
  4. Kadar bayaran yang ditetapkan untuk ubat-ubatan akan disemak kembali, agar selaras dengan harga pasaran semasa

Penerima STR boleh menyemak kelayakan dan mengenalpasti klinik SPM berdekatan melalui Laman sesawang ProtectHealth https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/ dan hanya perlu membawa kad pengenalan untuk pengesahan di klinik semasa pendaftaran.

Sejak skim ini diperkenalkan, lebih daripada 130,000 rawatan pesakit luar telah diberikan melalui lebih 1,300 klinik-klinik swasta yang terlibat. KKM menghargai sokongan daripada semua klinik swasta yang telah menyertai SPM, dan berharap kerjasama ini akan berterusan dalam jangka masa panjang. KKM dengan ini mengalu-alukan klinik perubatan swasta di seluruh negara untuk mendaftar sebagai klinik panel SPM, supaya lebih ramai rakyat dapat menikmati manfaat skim ini.

DR. ZALIHA BINTI MUSTAFA
MENTERI KESIHATAN
19 SEPTEMBER 2023

SKIM PERUBATAN MADANI MULA BEROPERASI DI TUJUH DAERAH SEKITAR KELANTAN, PAHANG, MELAKA, NEGERI SEMBILAN, PULAU PINANG DAN PERLIS

25 OGOS 2023 – Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan sejak dilancarkan pada 15hb Jun 2023, tawaran Skim Perubatan MADANI telah dikembangkan di tujuh buah daerah baharu untuk menjadikan skim ini tersedia di 21 buah daerah, sebelum diperluaskan ke seluruh negara pada bulan September 2023.

Daerah baharu berkenaan ialah Kota Bharu, Pasir Mas (Kelantan), Kuantan (Pahang), Melaka Tengah (Melaka), Seremban (Negeri Sembilan), Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) dan Perlis.

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di semua daerah ini boleh mula mendapatkan rawatan percuma seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan di klinik perubatan swasta Peruntukan bagi setiap isi rumah berkeluarga adalah sehingga RM250, RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang.

Hanya dengan satu langkah mudah, penerima manfaat yang layak cuma perlu membawa kad pengenalan mereka ketika ingin mendapatkan rawatan tanpa pra pendaftaran diperlukan. Penerima  manfaat boleh mengenal pasti klinik terdekat dan semak kelayakan di laman sesawang www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani. Sebagai alternatif, penerima manfaat juga boleh menyemak kelayakan melalui aplikasi MySejahtera.

Pendaftaran untuk menjadi panel klinik Skim Perubatan MADANI masih dibuka dan kami menyasarkan jumlah klinik akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Kami telah menerima sebanyak 210 permohonan di mana sejumlah 25 klinik telah memulakan operasi di tujuh daerah ini dan bersedia untuk memberi rawatan dibawah Skim Perubatan MADANI.

ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) selaku pelaksana Skim Perubatan MADANI akan terus komited dalam meningkatkan akses kumpulan berpendapatan rendah kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan di klinik swasta melalui Public-Private Partnership (PPP) sekaligus meringankan bebanan kewangan golongan tersebut menerusi skim ini. Kami juga optimis bahawa dengan penglibatan lebih banyak klinik perubatan swasta, kebajikan dan kesejahteraan kumpulan B40 dapat ditingkatkan.

– Tamat –

PENERIMA STR DI TERENGGANU DAN KEDAH BOLEH MENDAPATKAN RAWATAN SKIM PERUBATAN MADANI BERMULA HARI INI

17 OGOS 2023 – Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di empat daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda (Kedah), Kuala Terengganu dan Kuala Nerus (Terengganu) boleh mendapatkan rawatan di bawah Skim Perubatan MADANI (SPM) bermula hari ini.

Program perintis SPM menyediakan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma kepada penerima STR untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta yang berdaftar. SPM ditawarkan secara automatik kepada penerima STR dengan membantu menampung kos rawatan kes-kes akut di klinik swasta yang berdekatan dengan tempat kediaman atau tempat kerja.

Sehingga kini, jumlah klinik swasta yang berdaftar untuk skim ini melebihi 750 buah klinik dan dijangkakan jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa. Sebagai permulaan, sebanyak 39 klinik telah diaktifkan di empat daerah ini dan bersedia untuk memberi rawatan. KKM mengalu-alukan lebih banyak klinik swasta di daerah-daerah ini untuk mendaftar sebagai klinik panel. Senarai klinik swasta di empat daerah tersebut adalah seperti dalam Lampiran 1.

Perluasan SPM diharap dapat membantu lebih ramai penerima manfaat menikmati program ini yang merupakan inisiatif Ekonomi Madani Kerajaan Perpaduan memperkasa rakyat dengan memastikan akses sejagat kepada sistem sokongan kesihatan. Melalui penglibatan kemudahan swasta, isu kesesakan pesakit luar di kemudahan kesihatan kerajaan dapat diatasi dengan membantu hampir 700,000 isi rumah yang kurang berkemampuan mendapat rawatan di klinik swasta.

Persediaan untuk pelaksanaan sedang dijalankan di daerah-daerah seperti Kota Bharu, Pasir Mas (Kelantan), Kuantan (Pahang), Melaka Tengah (Melaka), Seremban (Negeri Sembilan), Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) dan Perlis yang akan bermula pada 25 Ogos 2023.

Perkhidmatan percuma yang ditawarkan adalah seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan akan diberikan di klinik swasta kepada penerima manfaat mengikut pakej yang ditentukan. Penerima manfaat boleh mendapat beberapa kali rawatan percuma sehingga peruntukan bagi setiap isi rumah habis digunakan. Peruntukan bagi setiap isi rumah berkeluarga adalah sehingga RM250, RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang.

Penerima yang layak menerima manfaat skim ini hanya perlu membawa kad pengenalan mereka ketika mendapatkan rawatan. Layari www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani untuk menyemak kelayakan dan senarai klinik panel atau hubungi 03-8687 2525. Kelayakan juga boleh disemak melalui aplikasi MySejahtera.

LAMPIRAN 1

Senarai Klinik Panel Skim Perubatan MADANI

BIL.NAMA KLINIKALAMATNO TEL.
1.POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKANNO. 93, JALAN SUNGAI EMAS, KOTA KUALA MUDA, 08500, KOTA KUALA MUDA, KEDAH04-4374969
2.POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKANNO. 56, TINGKAT BAWAH, JALAN MASJID, TAMAN PEKAN BARU, 08000, SG. PETANI04-4259969
3.POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKANNO. 2, JALAN CINDAI JAYA 1, TAMAN CINDAI JAYA, 08000, SG. PETANI04-4225969
4.POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKAN20, JALAN PERMAI 1, TAMAN DESA PERMAI, 08100, BEDONG04-4592969
5.KLINIK OOI LEAN ENG1017, LORONG MERPATI, 05200, ALOR SETAR04-7332441
6.POLIKLINIK DR. AZHAR DAN RAKAN-RAKANNO. 11, JALAN NILAM SARI, TAMAN NILAM SARI, 08000, SG PETANI04-4221969
7.POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKANNO. 49, JALAN CEMARA 1, TAMAN CEMARA, 08000, SG PETANI04-4237696
8.POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKANGRS 1, PLAZA KUALA KEDAH, LOT 894, PEKAN KUALA KEDAH, 06600, KUALA KEDAH04-7625695
9.POLIKLINIK MESRANO 11, RUMAH KEDAI, TAMAN RIA MESRA 2, JALAN JENIANG, 08300,GURUN04-4615270
10KLINIK UNION GURUN2, TINGKAT BAWAH, SUSURAN GURUN JAYA 3, TAMAN GURUN JAYA, 08300, GURUN
11.POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKAN38, PEKAN MERBOK, 08400, MERBOK04-4575969
12.POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKANNO. 99 & 100, LORONG 4, TAMAN RIA, 08000, SG PETANI04-4219969
13.POLIKLINIK DR. AZHAR DAN RAKAN-RAKAN100, TINGKAT BAWAH, JALAN BPJ 1/1, SEKSYEN 1, BANDAR PUTERI JAYA, 08000,SG PETANI04-4210936
14.KLINIK MESRANO. 4 (GROUND FLOOR), PUSAT PERDAGANGAN TUNKU HAMINAH, MERGONG, 05150, ALOR SETAR04-7306148
15.POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKAN11, TAMAN SURIA, JALAN BESAR GURUN, 08300, GURUN04-4687969
16.POLIKLINIK DR. AZHAR DAN RAKAN-RAKANNO.14A, TINGKAT BAWAH, JALAN PENAGA 1, TAMAN PENAGA, 08000, SG PETANI04-4311208
17.POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKANNO. 249, TINGKAT BAWAH, JALAN PUTRA, TAMAN MERGONG JAYA, 06250, ALOR SETAR04-7329969
18.POLIKLINIK DR. AZHAR & RAKAN-RAKANNO. 99, BANDAR DARULAMAN JAYA, 06000, JITRA04-9170969
19.POLIKLINIK DR. AZHAR DAN RAKAN-RAKAN15, TINGKAT BAWAH, JALAN PKS (A), PUSAT KOMERSIAL SAUJANA, 08000, SG PETANI04-4411474
20.POLIKLINIK DR AZHAR DAN RAKAN-RAKANNO. 105, JALAN KELISA RIA 1-C, TAMAN KELISA RIA, 08000, SG PETANI04-4410709
21.POLIKLINIK TITI GAJAHNO. 7, TINGKAT BAWAH, TAMAN MAS INDAH, JALAN ANAK BUKIT, TITI GAJAH, 06550, ALOR SETAR04-7140111
22.POLIKLINIK DR. AZHAR DAN RAKAN-RAKAN3177-E, KM 4, JALAN DATUK KUMBAR, 05300, ALOR SETAR04-7320803
23.POLIKLINIK & SURGERI RIA JAYA175, TINGKAT BAWAH JALAN KELAB CINTA SAYANG, TAMAN RIA JAYA, 08000, SG PETANI04-4461877 
24.POLIKLINIK MUTIARANO. 1, TAMAN DESA AMAN, LEBUHRAYA  SULTANAH BAHIYAH, 05350, ALOR SETAR04-7321503 
25.POLIKLINIK AN-NISA’NO. 198, JALAN BPJ 1/2, BANDAR PUTERI JAYA, 08000, SG PETANI04-4242236 
26.KLINIK SAYANGNO. 5, TINGKAT BAWAH, FASA 10, TAMAN DESA SERAYA, LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH, 05400, ALOR SETAR04-7770595
27.KLINIK DR CHENGNO 47, TINGKAT BAWAH, TAMAN JOHAN FASA 2, JALAN KUALA KEDAH, 06600, KUALA KEDAH04-7722891
28.POLIKLINIK DR. AZHAR DAN RAKAN-RAKAN38A, TINGKAT BAWAH, JALAN BISTARI JAYA 7, TAMAN BISTARI UTAMA, 08100, BEDONG04-7270232
29.POLIKLINIK DR. AZHAR DAN RAKAN-RAKANNO. 15 TINGKAT BAWAH, PUSAT PERNIAGAAN SERI GUNUNG (SGBC), JALAN GUNUNG, 05150, ALOR SETAR04-4219969
30.KLINIK REMEDIC SP SAUJANANO. 128 (TINGKAT BAWAH), JALAN PKS (B), PUSAT KOMERSIAL SAUJANA, 08000, SG PETANI04-4419818
31.KLINIK JOE36, JALAN IBRAHIM, 08000, SG PETANI04-4214061  `
32.KLINIK AMANSURINO. 56, TINGKAT BAWAH TAMAN GUNUNG INDAH, JALAN KUALA KEDAH 05400 ALOR SETAR, KEDAH
33.KLINIK SYAFIPT 3635, TINGKAT BAWAH RUMAH KEDAI, JLN ALAM MUTIARA 1/1, TOK MOLOR, 21100, KUALA TERENGGANU09-6229557
34.KLINIK KUMPULAN MUSLIMAHLOT PT 2381, TAMAN ADIS INDAH, KUALA IBAI, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU09-6305067
35.KLINIK MUJAHIDNO LOT 8600 A & B KAMPUNG PAYA DATU, MANIR, 21200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU09-6153323
36.U.N.I KLINIKNO. 34, GROUND FLOOR, PUSAT KOMERSIAL CABANG TIGA 21000 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU09-6229509
37.KLINIK PERUBATAN KUPT 2582 & PT 2583 (TINGKAT BAWAH), TAMAN ADIS INDAH, KUALA IBAI, 20400 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU09-2650735
38.KLINIK PERUBATAN KU KUALA NERUSPT 37792, TINGKAT BAWAH, RIMBA SQUARE, JALAN GONG PAK DAMAT 21300 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU09-6674005
39.KLINIK HUDALOT PT 28519, TINGKAT BAWAH, JALAN KELANTAN, TAMAN DESA SOLEHAH, PADANG AIR 21060 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU09-6667070

SKIM PERUBATAN MADANI KINI DIPERLUAS KE 11 DAERAH, KLINIK PERUBATAN SWASTA UMUM (GP) DIALU-ALUKAN UNTUK MENDAFTAR

Seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2023, Skim Perubatan MADANI dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif Bitara MADANI bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan Kerajaan. Skim Perubatan MADANI telahpun bermula pada 15 Jun 2023 di 10 daerah, dan bertujuan untuk membantu rakyat khususnya kumpulan B40 bagi mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes-kes akut) di klinik perubatan swasta umum (GP).

Skim Perubatan MADANI yang ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah, dapat membantu meringankan beban kewangan rakyat dengan menampung kos rawatan kes-kes akut. Perkhidmatan percuma yang ditawarkan adalah seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan di klinik perubatan swasta umum.

Skim ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 700,000 isi rumah, dengan peruntukan sebanyak RM100 juta. Peruntukan bagi setiap isi rumah untuk separuh tahun kedua 2023 adalah sehingga RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga, RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang. Bagi memastikan akses yang mudah dan cepat, mereka yang layak hanya perlu membawa MyKad ke klinik panel Skim Perubatan MADANI untuk menerima rawatan akut percuma. Sehingga kini, lebih dari 700 GP telah berdaftar sebagai klinik panel di bawah Skim Perubatan MADANI.

Untuk memastikan lebih ramai rakyat mendapat kemudahan kesihatan, skim ini akan diperluaskan ke 11 daerah lain. Pelaksanaan disasarkan bermula pada minggu ke-2 Ogos 2023 di empat daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda (Kedah), Kuala Terengganu dan Kuala Nerus (Terengganu). Seterusnya, daerah-daerah lain seperti Kota Bharu, Pasir Mas (Kelantan), Kuantan (Pahang), Melaka Tengah (Melaka), Seremban (Negeri Sembilan), Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) dan Perlis akan bermula pada minggu ke-4 Ogos 2023.

KKM dengan ini mengalu-alukan GP di daerah terlibat untuk mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan MADANI bermula hari ini dengan melayari laman sesawang ProtectHealth di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau menghubungi talian 03-8687 2525.

KKM akan terus komited dalam menyediakan dan menambahbaik penjagaan kesihatan berkualiti secara holistik dan mampan bagi meningkatkan kualiti hidup semua rakyat Malaysia.

DR. ZALIHA BINTI MUSTAFA
MENTERI KESIHATAN
8 OGOS 2023

PROTECTHEALTH KICKS OFF AGGRESSIVE ENGAGEMENT EFFORTS FOR SKIM PERUBATAN MADANI

3 AUGUST 2023 – Since 15 June 2023, Skim Perubatan MADANI, a pilot initiative by the Government of Malaysia through the Ministry of Health has been initially rolled-out to the B40 population in 10 designated districts namely Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat and Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) and Kota Kinabalu (Sabah). The scheme provides recipients of Sumbangan Tunai Rahmah with free Acute Primary Care Services where the lower-income group can seek treatment at private medical clinics (GPs) registered under Skim Perubatan MADANI.

ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) as the scheme administrator is vigorously promoting the scheme, ensuring widespread adoption and successful implementation targeting Sumbangan Tunai Rahmah recipients as they are entitled to enjoy the benefits.

Since its introduction, ProtectHealth has been proactively engaging with representatives from relevant states, government agencies, NGOs, associations as well as community leaders across the country such as Yayasan Wilayah Persekutuan, FELDA, FELCRA, PERTIWI, PERPEKLI, UNI-MLC and MySejahtera. Up to July 2023, ProtectHealth has been diligently gearing up to meet and conduct briefings to 70 Klinik Kesihatan (KK) and 186 GPs involving the 10 districts. Throughout the same period, six briefings were held to PPR/PA Resident Associations and local communities, with a high B40 population. These include PPR Pangsapuri Sri Kasih, PPR Taman Kajang Sentral, PPR Taman Medan Jaya and many more. The primary focus of these engagements is to raise awareness about the scheme’s benefits and the government’s efforts to enhance access to acute primary care services in the private sector for the lower-income group. As of 1 August 2023, the number of registered GPs for the programme has surpassed 600 clinics and the ongoing effort involves the addition of more GPs across all districts. To date, more than 28,000 B40 households have obtained treatment under the Skim Perubatan MADANI.

Plans are also underway to expand this scheme to more districts such as Kota Bharu, Pasir Mas (Kelantan), Kuala Terengganu, Kuala Nerus (Terengganu), Kuantan (Pahang), Melaka Tengah (Melaka), Seremban (Negeri Sembilan), Kota Setar, Kuala Muda (Kedah), Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang) and Perlis.

We urge eligible beneficiaries to obtain cost-free treatment at the nearest GP clinic by simply bringing their identification card, without prior registration required. For more information on  Skim Perubatan MADANI such as eligibility checking and list of panel clinics, kindly visit our website at www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani or call 03-8687 2525.

Briefing and engagement with Kuala Lumpur Community Leaders in Collaboration with Yayasan Wilayah Persekutuan

Community engagement in Johor Bahru, Johor

Community Engagement in Gombak, Selangor

Community engagement in Kinta, Perak

Community Engagement in Kajang, Selangor

Briefing and engagement with NGOs

Community Engagement in Collaboration with PERTIWI at Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku, Chow Kit, Kuala Lumpur

PROTECTHEALTH MULAKAN USAHA LIBAT URUS AGRESIF UNTUK SKIM PERUBATAN MADANI

3 OGOS 2023 – Bermula 15 Jun 2023, Skim Perubatan MADANI, satu inisiatif perintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah dilancarkan kepada kumpulan B40 di 10 daerah iaitu Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah). Skim ini menyediakan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah di mana golongan berpendapatan rendah boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI.

Bertindak sebagai pelaksana skim, ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) giat mempromosikan skim ini dalam memastikan penerimaan yang meluas dalam kalangan penerima Sumbangan Tunai Rahmah.

Sejak skim ini diperkenalkan, ProtectHealth telah secara proaktif mengadakan sesi libat urus dengan wakil-wakil negeri yang berkaitan, agensi-agensi kerajaan, NGO, pertubuhan-pertubuhan serta pemimpin-pemimpin komuniti di seluruh negara seperti Yayasan Wilayah Persekutuan, FELDA, FELCRA, PERTIWI, PERPEKLI, UNI-MLC dan MySejahtera. Sehingga Julai 2023, ProtectHealth telah mengadakan taklimat kepada 70 Klinik Kesihatan (KK) dan 186 GP di 10 daerah ini. Dalam masa yang sama, enam (6) taklimat telah diadakan kepada Persatuan Penduduk PPR/PA dan komuniti setempat yang mempunyai kepadatan penduduk B40 yang tinggi. Antaranya, PPR Pangsapuri Sri Kasih, PPR Taman Kajang Sentral dan PPR Taman Medan Jaya. Tumpuan utama sesi libat urus ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang manfaat skim ini dan usaha kerajaan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan rawatan primer akut di sektor swasta bagi golongan berpendapatan rendah. Sehingga 1 Ogos 2023, jumlah GP yang berdaftar untuk skim ini melebihi 600 buah klinik dan dijangkakan jumlah klinik-klinik swasta ini akan meningkat di masa akan datang. Sehingga kini, lebih daripada 28,000 isi rumah B40 telah mendapatkan rawatan di bawah Skim Perubatan MADANI.

Skim ini juga sedang dalam perancangan untuk diperluaskan ke daerah-daerah lain seperti Kota Bharu, Pasir Mas (Kelantan), Kuala Terengganu, Kuala Nerus (Terengganu), Kuantan (Pahang), Melaka Tengah (Melaka), Seremban (Negeri Sembilan), Kota Setar, Kuala Muda (Kedah), Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang)  dan Perlis.

Penerima yang layak menerima manfaat skim ini hanya perlu membawa kad pengenalan mereka ketika mendapatkan rawatan. Layari www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani untuk menyemak kelayakan dan senarai klinik panel atau hubungi 03-8687 2525.

Taklimat dan penglibatan bersama Pemimpin Komuniti Kuala Lumpur dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan

Penglibatan komuniti di Johor Bahru, Johor

Penglibatan komuniti di Daerah Gombak, Selangor

Penglibatan komuniti di Kinta, Perak

Penglibatan komuniti di Kajang, Selangor

Taklimat dan penglibatan bersama NGO

Penglibatan komuniti dengan kerjasama PERTIWI di
Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku, Chow Kit, Kuala Lumpur

1 JUTA PENERIMA MANFAAT PEKA B40 TELAH DISARING

Selari dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang menggalakkan saringan kesihatan di kalangan penduduk, sehingga 6 Julai 2023, sejumlah 1,000,000 penerima PeKa B40 yang layak telah menjalani saringan penyakit tidak berjangkit (NCD) di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40).

Sejak dilancarkan pada April 2019, PeKa B40 telah memberi manfaat kepada 1,000,000 orang di bawah Kumpulan B40 melalui saringan kesihatan percuma untuk pengesanan awal NCD dan faktor risikonya seperti kencing manis (Diabetes Mellitus), tekanan darah tinggi (Hypertension), paras kolesterol tinggi dalam darah (Hypercholesterolemia), obesiti, kemurungan (Depression), kerisauan (Anxiety), dan kanser. Sekitar 400,000 (40%) daripada mereka telah mengetahui berkenaan penyakit senyap ini dan telah dirujuk untuk rawatan selanjutnya bagi mencegah mereka daripada mengalami komplikasi serius.

Skim di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini menawarkan empat manfaat kepada penerima manfaat yang layak.

Manfaat 1: Saringan kesihatan percuma di klinik swasta yg berdaftar untuk program PEKA B40 dan di klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Manfaat 2: Bantuan Kesihatan yang merupakan 10 kategori peralatan perubatan percuma sehingga RM 20,000.00 seperti stent jantung, kanta intra-okular, dan implan sendi tiruan, sepanjang hayat mereka.

Manfaat 3: Insentif Penyelesaian Rawatan Kanser, insentif tunai RM 1000.00 dan

Manfaat 4: Insentif Pengangkutan iaitu kos pengangkutan bernilai RM 500.00 (Semenanjung Malaysia) atau RM 1,000.00 (Sabah & Sarawak) semasa menerima rawatan perubatan untuk Manfaat 2 & 3.

Sehingga hari ini, lebih daripada 50,000 penerima manfaat PeKa B40 telah menerima 60,000 Bantuan Kesihatan (Peralatan Kesihatan percuma) bernilai RM 110,000,000.00 sejak Skim ini diperkenalkan. Sejumlah 7,000 penerima manfaat PeKa B40 juga telah menerima Insentif Penyelesaian Rawatan Kanser dan 12,000 telah menerima Insentif Pengangkutan.

KKM, berterima kasih kepada 3,100 Klinik GP, 990 Klinik Kesihatan, 170 Makmal Swasta, dan 140 Hospital KKM atas sokongan berterusan mereka terhadap program ini dalam memberi manfaat khususnya kepada kumpulan B40.

KKM juga ingin menggalakkan 5.7 juta penerima yang layak dan belum mendapatkan manfaat PeKa B40 untuk hadir ke salah satu daripada mana-mana 4,000 Klinik GP atau Klinik Kesihatan terdekat di seluruh negara, bagi menjalani saringan, memahami status kesihatan dan mendapatkan nasihat profesional daripada doktor tentang cara menjaga dan meningkatkan gaya hidup sihat.


DR ZALIHA MUSTAFA
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
14 JULAI
2023

PENERIMA STR BOLEH DAPATKAN RAWATAN SKIM PERUBATAN MADANI BERMULA 15 JUN 2023

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bahawa program perintis Skim Perubatan MADANI, akan bermula di 10 buah daerah iaitu Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak) bermula 15 Jun sehingga 31 Disember 2023.

Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif rintis kerajaan bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40, terutamanya dalam mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes-kes akut) di pengamal perubatan swasta umum (GP). Bermula 15 Jun, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mendapatkan manfaat rawatan Skim Perubatan MADANI di GP yang berdaftar di sekitar 10 daerah yang terlibat.

Skim Perubatan MADANI ditawarkan secara automatik kepada penerima STR dengan membantu menampung kos rawatan kes-kes akut. Perkhidmatan percuma yang ditawarkan adalah seperti konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan akan diberikan di GP kepada penerima manfaat mengikut pakej yang ditentukan.

Penerima manfaat boleh mendapat beberapa kali rawatan percuma sehingga peruntukan bagi setiap isi rumah telah habis. Peruntukan bagi setiap isi rumah adalah sehingga RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga, RM125 bagi warga emas (tanpa pasangan) dan RM75 bagi kategori bujang.

Rawatan pesakit luar kes-kes akut percuma yang ditawarkan Skim Perubatan MADANI merangkumi rawatan bagi demam selesema, cirit birit, muntah, terseliuh, sakit kepala, trauma ringan dan pelbagai lagi. Pakej rawatan Skim Perubatan MADANI tidak merangkumi rawatan bukan akut seperti di bawah:

  1. Imunisasi Rutin;
  2. Saringan Kesihatan;
  3. Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin;
  4. Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin;
  5. Perancangan Keluarga Rutin;
  6. Perkhidmatan Rehabilitasi; dan
  7. Permohonan Ubat-ubatan dan Suplemen tanpa konsultasi doktor

Perkhidmatan kesihatan bagi keadaan bukan akut yang tidak ditawarkan Skim Perubatan MADANI seperti di atas boleh didapati di Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Fasa rintis Skim Perubatan MADANI yang akan dilaksanakan di 10 buah daerah berkenaan dijangka memberi manfaat kepada 700,000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta. Pra-pendaftaran adalah tidak diperlukan untuk menikmati manfaat Skim Perubatan MADANI bagi penerima STR dan tanggungannya. Mereka hanya perlu membawa kad pengenalan semasa mendapat rawatan di GP yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI.

KKM melalui ProtectHealth menyasarkan sebanyak 700 GP untuk mendaftar sebagai panel Skim Perubatan MADANI menjelang September 2023. Ketika ini sebanyak empat sesi penerangan dan latihan kepada GP telah dijalankan dan dijangka sebanyak 10 sesi lagi akan dijalankan bagi mencapai sasaran GP yang berdaftar untuk skim ini.

Maklumat lanjut mengenai Skim Perubatan MADANI termasuk semakan kelayakan dan senarai klinik panel boleh didapati di laman sesawang ProtectHealth, selaku pelaksana skim berkenaan iaitu di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau hubungi talian 03-8687 2525.


DR. ZALIHA BINTI MUSTAFA
MENTERI KESIHATAN
15 JUN 2023

KKM MENGALU-ALUKAN PENGAMAL PERUBATAN SWASTA UMUM (GP) SERTAI SKIM PERUBATAN MADANI

Semasa pembentangan Bajet 2023, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Skim Perubatan MADANI sebagai salah satu inisiatif Kerajaan bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di kemudahan kesihatan Kerajaan. Skim Perubatan MADANI merupakan manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Ia bertujuan untuk membantu golongan B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes-kes akut) di GP berhampiran, sekali gus mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan. Penerima boleh mendapatkan rawatan Skim Perubatan MADANI bermula 15 Jun 2023.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalu-alukan pengamal perubatan swasta umum (GP) di 10 daerah iaitu di Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak) untuk menyertai program rintis Skim Perubatan MADANI.

KKM dengan ini menjemput GP di lokasi yang terlibat untuk mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan MADANI bermula hari ini dengan melayari laman sesawang ProtectHealth di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau menghubungi talian 03-8687 2525.

ProtectHealth juga akan menganjurkan sesi taklimat dan latihan secara dalam talian kepada GP yang berdaftar untuk penerangan lebih lanjut mengenai Skim Perubatan MADANI.


DR. ZALIHA BINTI MUSTAFA
MENTERI KESIHATAN
2 JUN 2023

SARINGAN KESIHATAN PeKa B40 DI SARAWAK MENINGKAT LEBIH DUA KALI GANDA DALAM DUA SUKU PERTAMA

15 SEPTEMBER 2022, SIBU – Saringan kesihatan yang dijalankan di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) di Sarawak meningkat lebih dua kali ganda dalam tujuh bulan pertama tahun ini.

Semua ini disumbangkan oleh 16,325 saringan kesihatan yang dilakukan dari 1 Januari 2022 hingga 31 Julai 2022 di Sarawak, berbanding 7,274 saringan yang dijalankan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) kekal fokus melalui pelbagai langkah agresif yang dilaksanakan untuk menyaring lebih 22,300 rakyat di Sarawak yang layak bagi tahun 2022, di bawah Skim Peka B40, berdasarkan prestasi positif yang dicatatkan pada tujuh bulan pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Dato’ Dr. Anas Alam Faizli menyatakan ProtectHealth yakin untuk mencapai sasaran tersebut apabila jumlah saringan di Sarawak dilihat menunjukkan peningkatan lebih dua kali ganda dalam tempoh masa antara 1 Januari hingga 31 Julai tahun ini berbanding tempoh masa yang sama pada tahun lepas, selepas dua tahun jumlah saringan dilihat menurun disebabkan oleh COVID-19.

“Walaupun menghadapi cabaran dalam mendidik golongan yang disasarkan mengenai penjagaan kesihatan, kami yakin sasaran itu boleh dicapai dan akan menyumbang kepada sasaran keseluruhan untuk PeKa B40 bagi tahun 2022, iaitu untuk menyaring sekurang-kurangnya 200,000 penerima di bawah skim ini di seluruh Malaysia.

“Sasaran peringkat kebangsaan pada tahun ini adalah dua kali ganda daripada jumlah yang dicapai PeKa B40 pada tahun 2021 iaitu sebanyak 101,673 saringan,” katanya sambil menambah di Sarawak, sejak PeKa B40 dilaksanakan pada 15 April 2019 sehingga 31 Ogos 2022, seramai 96,427 individu telah berjaya disaring.

Dato’ Dr. Anas berkata ketika dalam satu sesi lawatan ke Klinik Yek dan Klinik Kesihatan (KK) Jalan Lanang. Klinik Yek merupakan Klinik Swasta yang mencatatkan saringan kesihatan PeKa B40 tertinggi di Sibu manakala KK Lanang mencatatkan saringan tertinggi untuk KK di Sibu.

Sementara itu, di Sibu, sebanyak 11,757 saringan telah dijalankan dan terdapat seramai 44,350 yang layak tetapi masih belum membuat saringan.

Bagaimanapun, Sibu telah merekodkan 41% peningkatan jumlah saringan dari 1 Januari hingga 31 Julai 2022 (2,438) berbanding tempoh yang sama tahun lepas (1,726).

ProtectHealth komited untuk memenuhi misinya dalam menyediakan saringan kesihatan percuma kepada orang ramai yang berada dalam kumpulan berpendapatan 40% terbawah (B40) dan berumur 40 tahun dan ke atas, melalui skim kesihatan ini dan menggalakkan mereka yang layak di Sarawak untuk tampil membuat saringan kesihatan percuma ini.

Antara manfaat lain yang ditawarkan oleh Skim PeKa B40 ini termasuk Bantuan Alat Kesihatan, Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser dan Insentif Tambang Pengangkutan.

Dengan sasaran yang ditetapkan dan dalam meneruskan momentum pemulihan, ProtectHealth sentiasa memperhebatkan lagi usaha melalui pelbagai program yang telah dirancang sepanjang tahun ini, termasuk siri ‘roadshow’ kesihatan yang dinamakan ‘Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)’ yang turut dilancarkan di peringkat negeri di seluruh Malaysia.

PeKa B40 dilaksanakan untuk memberi fokus kepada pengesanan awal Penyakit Tidak Berjangkit seperti diabetes, darah tinggi, kanser dan penyakit jantung atau dikenali sebagai (Non-Communicable Disease – NCD) dalam kalangan B40. Oleh itu, penerima akan lebih mengetahui status kesihatan mereka secara keseluruhan.

“Penduduk berpendapatan rendah di Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dalam mennjaga kesihatan, khususnya berkaitan NCD, kesihatan mental dan pemakanan, dan ini pada asasnya kerana kekangan kewangan. Inilah sebab mengapa mereka perlu menggunakan skim ini.

“Kami juga telah memulakan beberapa siri penglibatan dan program jangkau luar untuk Skim PeKa B40 di seluruh negara, untuk menyebarkan kesedaran tentang PeKa B40 dan memastikan program itu lebih mudah diakses oleh Rakyat, dan tiada siapa yang ketinggalan dalam soal penjagaan kesihatan. Pemeriksaan awal boleh menyelamatkan nyawa dan menjimatkan kos kerana langkah ini dapat mencegah komplikasi, membuat rawatan awal dan meningkatkan jangka hayat yang berkualiti,” kata Dato’ Dr. Anas.

Orang ramai boleh menyemak kelayakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan mereka di laman web kami di https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Skim PeKa B40 di Sarawak disokong oleh 288 klinik swasta, 93 klinik kerajaan (Klinik Kesihatan), 12 hospital kerajaan dan 22 makmal patologi.

Your Health, Our Mission
PROTECTHEALTH CORPORATION SDN. BHD.