PPV OFFSITE DITUTUP SECARA BERPERINGKAT
9 MAC 2022 – PPV Offsite yang memberi dos penggalak vaksin COVID-19 yang berdaftar di bawah ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) akan ditutup secara berperingkat bermula Mac 2022, setelah peratusan populasi dewasa yang disuntik dos penggalak setakat ini telah mencapai 64 peratus. PPV Offsite telah dibuka untuk merancakkan pemberian dos penggalak dan objektif ini telah […]
PENDAFTARAN PICKids MELALUI BOOKING MANAGEMENT SYSTEM KINI TERSEDIA DI SELURUH NEGARA
4 MAC 2022 – Merujuk pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kesihatan Dato’ Dr. Noor Azmi Ghazali pada 3 Mac 2022, ibu bapa atau penjaga di seluruh negara boleh mula mendaftarkan anak mereka untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak Kanak (PICKids) melalui Booking Management System di aplikasi MySejahtera yang akan berkuatkuasa pada 7 Mac […]
PROTECTHEALTH AKAN MEMAKSIMAKAN PELAKSANAAN PROGRAM IMUNISASI KEBANGSAAN COVID-19 KANAK-KANAK (PICKids) MELALUI PENYERTAAN PENGAMAL PERUBATAN SWASTA
31 JANUARI 2022 – Susulan sidang media oleh YB Dato’ Dr. Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) yang akan bermula pada 3 Februari, ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) mengalu-alukan pelaksanaan program ini dan menggalakkan penyertaan Pakar Pediatrik Swasta dan Klinik Pakar dalam program ini. […]
PELAKSANAAN VAKSINASI DOS PENGGALAK SECARA WALK-IN DI SEMUA PPV DI BAWAH PROTECTHEALTH
28 JANUARI 2022 – Dengan bermulanya gelombang Omicron di Malaysia, dan pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ProtectHealth ingin memaklumkan bahawa semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dikendalikan oleh Pengamal Perubatan Swasta dan NGO Kesihatan di bawah ProtectHealth akan melaksanakan vaksinasi secara walk-in kepada semua individu berumur 18 tahun ke atas berkuat kuasa 29 Januari 2022, […]
SENARAI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) OFFSITE UNTUK VAKSINASI SECARA WALK IN (UNTUK WARGA EMAS BERUSIA 60 TAHUN DAN KE ATAS)
21 JANUARI 2022 – Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PPV Offsite di Selangor, W.P Kuala Lumpur & W.P Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak akan melaksanakan perkhidmatan vaksinasi secara walk-in kepada warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) bermula 24 Januari 2022, Isnin. Bagi melancarkan proses vaksinasi, sijil vaksinasi […]
TIADA KOMPROMI KEPADA PENGAMAL PERUBATAN SWASTA DAN NGO KESIHATAN YANG MELANGGAR PROSEDUR OPERASI STANDARD DAN POLISI KKM DAN PROTECTHEALTH
19 JANUARI 2022 – Susulan beberapa laporan media berkaitan aktiviti penjualan sijil vaksinasi palsu, ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) ingin menekankan bahawa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengamal perubatan swasta dan NGO kesihatan yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan polisi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ProtectHealth. Sehubungan itu, ProtectHealth […]
PROGRAM JANGKAU LUAR (OUTREACH) UNTUK DOS PENGGALAK DI SYARIKAT DAN PERSATUAN
10 JANUARI 2022 – ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) ingin menyeru syarikat dan persatuan yang ingin memberi suntikan dos penggalak kepada pekerja dan ahli mereka untuk mendaftar sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Jangkau Luar melalui Pengamal Perubatan Swasta (PPS) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Penjagaan Kesihatan yang berdaftar dengan ProtectHealth. Program ini menyediakan cara yang […]
LANGKAH-LANGKAH MENDAPATKAN DOS PENGGALAK DI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DI BAWAH PROTECTHEALTH
30 DISEMBER 2021 – Merujuk pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin pada 28 Disember 2021, sela masa bagi penerima vaksin Pfizer dan AstraZeneca (AZ) untuk dos penggalak disingkatkan kepada tiga bulan berbanding enam bulan sebelum ini. Ini adalah usaha berterusan Kerajaan untuk melindungi rakyat berdasarkan bukti terkini termasuk perlindungan terhadap varian Omicron. […]
KEJAYAAN PROTECTHEALTH SEPANJANG LIMA TAHUN PENUBUHAN
27 DISEMBER 2021 – Sejak ditubuhkan pada 19 Disember 2016, ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth), sebagai sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan telah berjaya memperhebatkan lagi agenda sosialnya dalam sektor penjagaan kesihatan, melalui jalinan antara sektor awam dan swasta. Sehingga hari ini, ProtectHealth berjaya mengekalkan agenda itu melalui pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) melalui […]
SEMUA DOS PENGGALAK DI BAWAH PICK ADALAH PERCUMA
7 DISEMBER 2021 – ProtectHealth ingin menegaskan bahawa semua jenis vaksin di bawah PICK adalah percuma dan kosnya telah ditanggung oleh Kerajaan. Vaksin COVID-19 keluaran Sinovac Biotech Ltd iaitu CoronaVac (vaksin Sinovac) juga ditawarkan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta dan PPV off-site di bawah seliaan ProtectHealth dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) […]