ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) ditubuhkan pada 19 Disember 2016 sebagai anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia (PHM) yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).​

Sebagai syarikat yang tidak berasaskan keuntungan, ProtectHealth menyelaras, mentadbir dan menguruskan inisiatif yang berkaitan dengan pembiayaan perkhidmatan penjagaan kesihatan sepertimana diamanahkan oleh KKM. ​

Apa Yang Kami Jalankan

ProtectHealth adalah pengurus skim untuk Skim Perubatan MADANI, PeKa B40, Electronic Service Provider (ESP) untuk SPIKPA dan pelaksana penglibatan pengamal perubatan swasta dan NGO kesihatan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Rakan ProtectHealth

Sehingga 31 Disember 2023

Pengamal Perubatan Am Swasta
0
Klinik Kesihatan KKM
0
Hospital KKM
0
Makmal Patologi
0
PPV
0 +
Syarikat Insurans dan Operator Takaful
0
Pentadbir Tuntutan Pihak Ketiga
0

ProtectHealth menerajui pengukuhan kerjasama awam-swasta dan merupakan yang pertama di negara ini yang berjaya membeli perkhidmatan dari sektor awam dan swasta.