VAKSINASI COVID-19 DI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DIBERIKAN SECARA PERCUMA OLEH KERAJAAN
ProtectHealth ingin menegaskan bahawa vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah diberikan secara PERCUMA oleh pihak Kerajaan. Vaksin COVID-19 ini telah dibeli dan kos pemberiannya adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Kerajaan samada di fasiliti kerajaan ataupun fasiliti swasta. Orang ramai dinasihatkan agar tidak menerima sebarang tawaran pemberian vaksin berbayar dan membuat laporan […]
PENGLIBATAN PROTECTHEALTH DALAM PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN BAGI SEKTOR EKONOMI KRITIKAL
Susulan kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK) dan dipetik oleh beberapa akhbar bahawa ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) menetapkan bayaran RM50 bagi vaksinasi, ProtectHealth ingin menafikan perkara ini. Bagi memberi penerangan tuntas, ulasan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam sidang media pada 9 Jun dan 14 2021 baru-baru ini perlu […]
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA STATUS PROTECTHEALTH CORPORATION SDN BHD YANG DITUBUHKAN DI BAWAH KEMENTERIAN KESIHATAN
ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) ditubuhkan pada 19 Disember 2016 di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). ProtectHealth, sebuah syarikat tidak berasaskan keuntungan berperanan menyelaras, mentadbir dan menguruskan inisiatif berkaitan pembiayaan perkhidmatan kesihatan sepertimana diamanahkan oleh Kerajaan. ProtectHealth juga ditubuhkan melalui mandat Jemaah Menteri sebagai Pembeli Strategik (Strategic Purchaser) untuk meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan negara sambil […]
PENGLIBATAN PENGAMAL PERUBATAN SWASTA DALAM PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) ingin memberi maklumbalas berhubung kegusaran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di beberapa media berkaitan proses pemberian lampu hijau kepada Pengamal Perubatan Swasta sebelum dibenarkan terlibat dalam Program lmunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Pada 8 Mac 2021 menerusi sesi sidang media Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), YB Dato’ Sri Dr […]